Pages

Monday, May 27, 2019

Persiapan Raya

Hari ni dah masuk 22 Ramadhan 1440H. Alhamdulillah, masih bernafas dengan sempurna. Walaupun puasa tak berapa cukup. Maklumlah perempuan dan keistimewaannya yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.

Alhamdulillah jugak bila Kerajaan baru telah memberikan 'bonus raya' sebanyak RM450 kepada penjawat awam dan RM225 kepada pesara Kerajaan. Walaupun dia singgah sekejap jer dalam Maybank aku. Aku tetap mengalu-alukan kesudian dia menjenguk akaun aku yang tak berapa meriah tu. 

Sebenarnya, persiapan raya tahun ni sangat-sangat la kalut. Abang kandung aku dah selamat menjalani pembedahan. Jadi parents aku sangat sibuk ulang-alik hospital. Makanya mak aku pon tak sempat nak ambil upah jahit baju. Siapa yang dah hantar awal-awal tu sempat ler. Biasa kitorang mak yang jahitkan baju raya tiap-tiap tahun. Tahun ni kitorang kena cari baju raya sendiri. Baju siap. Anak tukang jahit tak pandai jahit baju. Betapa ruginyer kami adik-beradik kan.

Weekends lepas selama 2 hari berturut-turut kami duk merayau mencari baju raya. Ya Allah, mahalnyer la. Aku rasa tak berbaloi beli baju mahal-mahal tapi kualiti tak seberapa. Masa ni ler rasa betapa menyesalnyer tak belajar jahit baju. Dah ler anak perempuan ramai. Mesti nak 2 3 pasang gak kan. 2 hari berlalu begitu saja tanpa hasil yang memberangsangkan. Hampa sangat. 

Raya tahun ni macam muram untuk kami. Abang kandung aku masih kat hospital. En suami tahun ni pon tak balik raya. Dah berapa tahun anak-anak beraya tanpa babah mereka. Aku ni kehulu kehilir dengan anak yang 3 orang tu. Mesti dorang duk pikir mana la bapak dorang. Dah macam ibu tunggal jer. Harap-harap tahun ni semua mulut baik-baik belaka yer. 

Oh ya, en suami cuti sampai 5 hari minggu lepas atas masalah kesihatan. 1 hari memang dia off masa tu. 4 hari lagi cuti berbayar. Dah nama pon sakit, tu pon kena bayar untuk orang yang ganti dia. Bayar cash ok. Jadi ada sedikit lari bajet di situ. Rm200 untuk 4 hari. Waaaaa... tu sebab aku cakap bonus tu singgah kejap jer.

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah insan-insan tersayang masih di sisi.

***Masih tercari-cari perasaan berbunga di hati setiap kali bangun tidur. Sedangkan masalah banyak terbeban di fikiran. Tapi disebabkan perasaan tu, hari yang dilalui terasa happy.


Monday, April 15, 2019

New Workplace

Alhamdulillah... dah masuk minggu ketiga bulan April untuk tahun 2019, dan aku masih survive di Bahagian baru. Bunyi macam tak suka jer kan. 

Aku ni memang susah sikit nak adapt kat tempat baru. Bukan dengan lokasi, tapi dengan orang sekeliling. Susah jadi orang yang pendiam ni sebenarnya. Kadang-kadang menangis sorang-sorang dalam hati. Tapi mulut tetap mengukir senyuman. Apa yang boleh kita sorok, kita sorok jer la. Lagi pon kita tengah fight dengan diri sendiri. 

Eh, bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Tempat baru, kawan-kawan baru, kerja baru, jawatan masih sama. Memang aku pun looking forward untuk buat kerja yang baru. Hampir 10 tahun di tempat lama dari mula-mula posting. Jadi, memang teringin la nak bertukar. Tapi langsung tak pernah mohon transfer tempat lain. Cuma tawakal jer untuk dipindahkan. Hahaha... 

Kalau ikutkan, aku ni tak kisah pun diletakkan kat mana-mana. Masa belajar dulu dah merata aku merantau. Selama ni aku seronok jer ada kawan baru. Dapat pengalaman baru kat setiap tempat aku pergi. Pengalaman tu yang mahal tau. Setiap orang lain pengalaman yang dorang lalui.

Sapa kata aku tak seronok kat tempat baru ni. Bangunan masih sama, cuma Bahagian jer berbeza. Beza 1 aras jer. Hahaha... Lain sikit la dengan job scope yang lama. Maknanya ada la juga benda baru yang aku belajar. Kat sini aku perlu lebih banyak berkomunikasi dengan orang luar. Aku kan tak pandai nak cakap sangat. Jadi lebih kepada whatsapp jer la. Janji apa yang aku nak sampaikan tu dapat difahami dan diterima. Kalau tak nak guna teknologi, pegi duduk dalam gua sana tu.

Yang lagi best, bos kecik aku a.k.a immediate boss aku sangat-sangat bagus. Sebab tak bagi banyak keje kat aku. Hahaha... Tapi kadang-kadang tu, arahan dia pendek sangat. Kena la aku tanya lebih. Haih... dah ler aku tak suka cakap. Adoila... Ko tak nak cakap pegi keje kat zoo la oi... hahaha... (ni kutuk diri sendiri yer... mohon jangan terasa).

Secara keseluruhannya, masih dalam mode menyesuaikan diri. Masih mencari keseronokan ketika datang kerja.

***Kerja tak seberapa, tapi bila ada yang tak reti tu rasa nak berhenti time tu jugak. Sejenis yang bila ada masalah kecik-kecik pon boleh jadi besar.


Monday, December 31, 2018

2018 Bakal Melabuhkan Tirai

Hari ni adalah hari terakhir untuk tahun 2018. Beberapa jam lagi 2019 bakal menjelma. Alhamdulillah tahun ni banyak yang telah tercapai. Tahun ni aku menerima APC setelah hampir 9 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Tahun ni juga aku berjaya menurunkan berat sebanyak 10kg. Kalau ikutkan yang sebenarnya dah lebih 10kg berat yang terhapus. Tapi aku bundarkan jer la jadi 10kg sebab berat ada naik balik sikit.

Tahun ni banyak join aktiviti-aktiviti. Diantaranya melawat Nasyrul Quran di Presint 15, menjadi sukarelawan untuk aktiviti ibadah korban, masak bubur asyura, melibatkan diri dalam tadarus dan program khatam al-quran masa bulan puasa dan banyak lagi la. Senarai kegiatan dalam LNPT tahun ni memang banyak sikit dari biasa.

Tahun ni juga aku sekeluarga (kecuali anak bongsu aku) dapat pulang ke Sabah setelah 7 tahun tak balik. Balik sebab adik ipar nak kahwin dengan 'mat salleh'. Dan yang paling tak disangka, satu Bahagian pakat kumpul dana untuk merealisasikan impian kami pulang ke Sabah. Terharu I tau. Pak mentua aku pun ada gak bagi sumbangan sikit. Terima kasih la semua yang terlibat. Semoga murah rezeki kalian semua.

Eh, tahun ni Bahagian kami buat family day di mana kali terakhir adalah 5 tahun yang lepas. Perancangan last minit tu. Walaupun separuh hari jer, dan takde tidur kat hotel. Tapi tetap seronok dan happening. Yang pelik tu project manager balik kampung masa hari kejadian. Hahaha...

Yang sedihnya, tahun ni ramai pegawai yang ditukarkan ke Bahagian lain dan juga luar Kementerian. Aku pun kena tukar gak. Tapi tu tahun depan punya cerita. Yang tu nanti aku cerita. Tu pun kalau aku nak cerita la.

Semoga tahun depan juga lebih bermakna.

Friday, November 16, 2018

After 7 years

Alhamdulillah... dah tiga hari masuk kerja setelah seminggu bercuti. Pulang ke Sabah kerana majlis kenduri kahwin adik ipar. Tapi aku bukan nak cerita pasal kenduri. 

Untuk pengetahuan korang, kawan-kawan ofis aku adalah penyumbang terbesar dalam bajet untuk pulang ke Sabah. Malu? Memang rasa malu sangat. Dalam masa yang sama aku terharu. Bertuah rasanya dapat kawan-kawan ofis yang saling mengambil berat antara satu sama lain. 

Bayangkan 7 tahun kami tak balik menyeberangi Laut China Selatan tu.  Family sebelah sana ada la juga datang ke Semenanjung. Cuma kami jer tak berjaya menjejakkan kaki ke sana. Banyak perubahan yang dah berlaku. Anak-anak buah sebelah suami semua dah besar panjang. Ada yang dah lain sangat rupa paras dari kecil.

Airport pun banyak yang dah berubah.  Nampak tak... huhuhu.... Betapa lamanyer kami tak  travel. Kami balik pun berempat jer. Anak yang bongsu masih belum boleh berenggang dengan nenek dia. Pasal anak bongsu ni lain kali aku cerita. Tu pun kalau ada mood.

Dalam hal ni aku rasa kami yang bersalah sebab tiada effort untuk mengumpul duit. Memang rasa bersalah sangat. Kadang-kadang tu ada juga perasaan nak pindah kerja di Sabah. Dapat la juga balik ke Semenanjung setahun sekali guna waran. Tapi tak sanggup pulak rasanya nak berjauhan dengan keluarga aku.

Semoga tahun depan kami dapat balik ke Sabah lagi. Kali ni dengan usaha sendiri. Insyaallah... semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.