Pages

Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Monday, August 20, 2018

My Diet

Hari tu janji nak tunjuk makanan yang aku makan sepanjang diet aku. Bukan terlupa tapi malas nyer la. Malas nak edit gambar sebenarnya. Ok, kat sini aku kongsikan makanan-makanan yang sempat aku snap dan mampu  dibeli bahan mentahnya. Nak masak pun tak susah. 




Untuk kesan yang lebih cepat, seeloknya grill, kukus, panggang atau rebus jer la. Kalau goreng-goreng tu kandungan lemak tinggi lak. Tapi aku ni kadang-kadang tekak nak juga yang goreng-goreng. 

Sehari aku makan 5 kali. Sebaik sampai di opis, aku akan ambil sarapan. Jam 10 pagi, ambil snack. Jam 1 tengahari ambil lunch, jam 4 petang ambil snack lagi. Makan malam aku akan makan jam  7 lebih atau lepas masghrib.  Aku akan cuba exercise 3 kali seminggu. Tapi kadang-kadang tak exercise langsung sebab tak sempat.

Actually aku guna  aplikasi myfitnesspal untuk rekod bilangan kalori yang diambil sehari supaya  berlakunya kalori defisit. Nampak macam renyah jer kan. Macam susah jer kan. Kan aku dah cakap nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Aku cheat day bila aku balik kampung iaitu sebulan sekali. Bukan senang nak dapat makan masakan mak. Jadi bila balik kampung, memang aku akan enjoy makan. Kikikiki...



Wednesday, July 25, 2018

Baju dah longgar

Malu sebenarnya nak tunjuk diri sendiri. Ni pun suruh anak dara yang tangkapkan gambar. Walaupun perbezaan cuma 5.7kg, tapi banyak juga lemak-lemak mengecil.Tengoklah, lebih kurang hampir 3 bulan baru susut 5.7kg. Takpelah biar lambat asalkan angka tu berkurang.Yang penting  ada penurunan. 

Gambar masa bulan Januari tak amik. Bulan Januari berat 85.9kg. Sampai bulan 3 turun dalam 3.2kg je. Susah sangat nak turun berat aku ni. Degil betul lelemak yang dah lama menempel kat badan. Masa tu pengurangan inci tak nampak sangat.Tapi usaha tangga kejayaan kan. Yang penting jangan putus asa. Lagi pun banyak sangat cheat day aku. Hahaha...




*
**
***
****
*****
******
*******
********
*********
********
******
*****
****
***
**
*






Tuesday, July 24, 2018

Niat kena betul, hati kena kental, semangat kena kuat

Bertahun-tahun kita makan suka hati. Macam-macam jenis makanan kita telan. Bukan mudah tiba-tiba nak makan ikut diet sihat. Mula-mula yang penting sekali kalau korang nak start to lose weight, adalah niat. Kalau boleh kena la niat yang baik-baik.  Jangan la niat bila dah slim nanti nak pakai baju seksi-seksi. Cuba niat kalau kurus nanti senang la nak solat. Takde sakit-sakit lutut dah.

Setiap orang mesti nak kurus kan. Tak ada pun yang nak gemuk. Bagi yang kurang berat pun, mesti nak berat ideal. Bukan nak jadi gemuk. Nak kentalkan hati bukan senang. Nak disiplinkan diri makan makanan sihat pun susah sangat. Lagi-lagi bekerja di opis yang murah rezeki makanan ni. Dan tempat duduk pun memang bersebelahan je dengan meja makan. Meja makan tu pulak memang selalu orang letak makanan dan wakafkan.  Macam mana la berat tak naik mendadak.

Pertama sekali memang kena betulkan niat dan niat betul-betul. Diet la perlahan-lahan. Jangan secara drastik. Mulakan perubahan sikit demi sikit. Macam aku mula-mula buat. Stop minum air manis. Ambil air kosong at least 3  liter sehari. Tapi aku start dengan 2 liter air kosong dulu. Sebab nak minum air banyak-banyak pun rasa sengsara. Sebab kena kerap pergi ke toilet. Mula-mula tu memang sekejap sekejap rasa nak terkucil. Tapi lama-lama badan dah adapt. Tak ada la nak jenguk toilet je.

Start ambil nasi satu penumbuk tangan kita. Kalau penumbuk kita besar, besar la sikit potion tu. Buat setakat yang termampu dulu. Tak payah nak rushing. Selama ni membesar pun bertahun-tahun. Takkan boleh kurus dalam tempoh yang singkat pulak. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Sebenarnya kita cuma perlu berperang dengan diri sendiri je. Dari kita je nak atau taknak.

Lagi satu, sila la war-warkan yang kita tengah diet. Kalau orang hulur makanan kat kita, cakap jer tengah diet dan tolak la dengan baik. Walaupun orang cakap tak baik tolak rezeki. Bukan ke badan yang sihat juga adalah satu rezeki.

Nanti aku share meal yang sempat aku snap. Maklumlah, bila nampak makanan, memang terus ngap jer. Tu yang kadang-kadang tak sempat snap.


Saturday, June 30, 2018

5kg lagi

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya. Raya kan sebulan.

Baru-baru ni opis kami ada buat open house. Dah beberapa tahun buat kat HQ dan juga secara besar-besaran. Tapi kali ni buat jauh sikit nun kat Bangi. Tugas department kami tiap-tiap tahun jadi dewan bandaraya. Dah nasib badan. Kami yang menurut perintah la katakan. Macam tahun lepas, memang kami kena kutip sampah. Tapi tahun ni tak jemput jiran-jiran makanya keadaan teratur sikit. Ada tukang kutip sampah lain yang tolong buat kerja kami. Jadi, dapatlah kami mentekedarah dengan aman.

Tapi bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Masa aku duk melilau cari makanan, opismate aku tegur. "Kak, dari jauh nampak kurus sangat". Kembang kuncup hidung aku weh. Finally someone noticed. Haha...

And then ada lagi sorang dari jauh duk buat isyarat bentuk badan slim. Korang ni, jangan buat aku bangga boleh tak. Takut naik balik nanti berat aku.

Well, actually bulan puasa berat aku tak turun banyak sangat. Suam-suam kuku je. Mungkin sebab tak exercise. Tak larat nak exercise masa puasa. Bila dah buka puasa, perut rasa penuh pulak. Jadi graf tak berapa bagus.

Just nak inform korang dengan bangganya yang berat aku dah turun 10kg secara total. So, next target another 5kg. Wish me luck.

Monday, April 30, 2018

Turun 5kg

Dalam post awal-awal tahun dulu ada aku cakap nak singkirkan azam untuk kuruskan berat badan. Tapi rasa macam badan makin berat. Nak berpijak di bumi nyata pun rasa tersiksa sebab tumit selalu sakit-sakit.  Dalam instagram ada la aku follow mereka yang menjalankan pemakanan sihat untuk  menurunkan berat badan. Tapi takde la aku join program diet dorang sebab  perlu bayar.

Makanya aku pon  start la membaca post-post yang dorang share dekat instagram. Walaupun bukan secara keseluruhan. Aku ambil input sikit-sikit dari setiap orang. Combinekan dan follow la cara-cara yang betul sikit demi sikit. Alhamdulillah sehingga kini dah berjaya turun 5kg. Walaupun ambil masa yang agak lama. 

1 Januari 2018, berat aku adalah 85.9kg. Dan sekarang berat aku 80kg. Dah bulan April baru turun 5kg kan. Secara tepatnya, 5.9kg la.  Aku pun takde la diet secara drastik. Masa awal-awal tu aku cuba elakkan makan malam. Kadang-kadang sebelum tidur pun duk kunyah-kunyah lagi.  Masa tu berjaya la turun 1kg jadi 84.9kg. 

Bulan Februari aku cuba elakkan minuman manis pulak. Yang ni susah sikit. Aku suka minum nescafe. Mula-mula nak stop nescafe memang sakit kepala sikit. Tapi dalam 2 minggu aku minum gak secawan.  Setiap pagi biasanya memang minum air manis. Dan lagi satu kami (me and my husband) memang suka minum kat kedai. Sebab time tu la biasanya dapat borak-borak dan cerita macam-macam lama sikit. Maklumlah laki kerja malam.  Masa ni dapat turunkan berat ke 82.7kg.

Nanti aku share lagi  pasal kisah diet aku. Hopefully berjaya la dapat ideal weight. Doakan aku yer.