Pages

Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Wednesday, March 7, 2018

Domino's Pizza Free

Opsss... bukan free untuk korang yer. Tapi untuk aku jer. Ahaks... 

Anak buah aku, well actually anak buah laki aku kerja part time kat Domino's Pizza ni. Cari duit poket sambil belajar. Bagus la tu kan. Pandai juga cari duit sendiri. Kerja dia sebagai pembuat pizza. Boleh bawa balik pizza yang dibuat tu. Tapi takde la boleh bawa banyak-banyak. Agak-agak la kan. So, ada la dua tiga kali juga dia hantar ke rumah kami bila habis kerja tu. 

Anak sulung aku, si kakak yang kuat makan tu adalah orang yang paling gembira bila dapat pizza ni. Tapi masalahnya kadang-kadang tu jam 11 malam baru dia hantar. Yer la habis kerja pun lambat. Tapi waktu tidur kami jam 10 atau 10.30 malam. Rezeki takkan nak tolak pulak. Dalam keadaan aku yang tengah diet ni, pasrah jer la. Kang kecil hati pula tak makan.

Aku suka jer orang nak bagi. Aku terima dengan hati yang gembira. Yang penting, anak-anak aku pun happy. Terima kasih banyak-banyak yer anak buah. Jangan serik nak bagi lagi. Kalau ada lagi ingat-ingat la kami di sini. Hehehehe....

Sedap weh!!!

Wednesday, January 17, 2018

Mini Burger

Hari tu tengok ada kawan beli mini burger ni. Berkenan lak di hati. Maka pre order la juga. Order dengan kawan satu bangunan gak. Balik rumah terus jer grill. Esoknya grill lagi untuk bekal anak ke sekolah. Aku beli satu set iaitu roti burger (20 ketul) dan daging burger (25 ketul). Roti tu aku beli mix, satu peket original dan satu peket lagi yang warna warni. 

Daging burger tu memang sedap. Si adik suka daging jer. Jadi untuk dia kena grill banyak sikit daging. Si kakak, 3 ketul pun tak cukup. Maklumlah, dah nama pun mini burger. Mestilah saiz kecil-kecil. Tapi seriously daging tu memang sedap. Rasa nak beli daging burger tu jer. Tapi tak tanya pula dengan kawan aku tu boleh beli loose atau tak. 


Daging burger ada 25 ketul dalam 1 peket ni.

Ni roti burger. Yang original tu dah grill 4 ketul. Tu pasal tinggal 6 jer.

Roti yang dah di grill. Sapu sikit planta untuk rasa yang lebih sedap.

Daging burger yang tengah di grill.

Ni la hasilnya. Memang roti dan daging jer. Takde tambahan sayur atau cheese. Hehe...


Monday, January 15, 2018

Hotdog rolls

Hotdog rolls boleh dijadikan sebagai idea bekal untuk anak-anak ke sekolah. Nak buatnya pun sangat mudah. Kalau nak jimat, 1 hotdog tu boleh kerat 4 secara memanjang. 

Bahan-bahan:

Roti gardenia putih
Hotdog
Telur
Breadcrumbs - optional

Sebelum balut hotdog dengan roti, leperkan dulu roti dengan rolling pin supaya nanti bila goreng, roti tak menyerap minyak dengan banyak. Masa nak goreng, salutkan hotdog yang dah dibalut roti tu dengan telur. Boleh juga salut dengan breadcrumbs lepas tu barulah goreng. 

Biasanya aku jarang letak breadcrumbs sebab nak cepat. Letak telur jer pun dah sedap. Anak-anak pun suka walaupun simple. Boleh dimakan cicah dengan sos sebagai penambah selera. Selamat mencuba!!!


Aku bawa juga bekal ke ofis kalau ada lebih. Hehe...

Saturday, January 13, 2018

Kuey teow goreng sedap

Rasa nak tergelak pulak buat tajuk macam tu. Sebenarnya sedap kat tekak aku jer la. Bukan senang nak masak sedap-sedap ni kan. Ok bahan-bahan yang aku guna sangat mudah.

Bahan-bahan:

1 peket kuey teow
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
4 ulas bawang merah - tumbuk lumat
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili - aku guna sos cili Kimball
4 sudu besar kicap manis - kicap Jalen (warna merah)
2 sudu besar kicap masin - kicap Jalen (warna hijau)
1/2 kiub ayam - kiub ayam Knorr
1 biji telur
Fishcake - optional (boleh letak udang, sotong dan lain-lain)

Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi. Untuk kicap tu, boleh kurang atau tambah ikut kesesuaian tekak masing-masing. Aku tak letak garam sebab rasanya dah cukup.

Ni la hasilnya. Anak aku makan bertambah. Memang sedap betul la tu. Hehe...

Friday, January 12, 2018

Donut gebu

Resepi donut ni aku dapat daripada daridapuraida.blogspot.my 

Bahan-bahan:

Bahan A
1 peket yis kering 
2 sudu susu pekat  
1 cawan air suam
2 sudu gula     

Campurkan bahan-bahan di atas dan biarkan kembang.

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Ramaskan bahan-bahan di atas dengan jari sehingga sebati. Bila bahan A dah kembang, masukkan bahan A kepada bahan B sehingga jadi seperti doh. Masa aku buat hari tu, doh macam keras sikit. Mungkin sukatan aku tak berapa tepat. Jadi aku ada tambah sedikit air dan juga sedikit minyak. Biarkan doh lebih kurang 30 minit sebelum kita terap jadi bentuk donut. Sebelum terap tu, doh yang dah naik kita uli sekali lagi. Lepas tu barulah buat bentuk-bentuk yang kita suka.


Ni sebenarnya bulat-bulat selepas buat bentuk donut. Jadi yang bulat bahagian tengah donut tu, aku asingkan dan goreng bagi si adik makan. Sesuai sangat ngan mulut budak-budak nak ngap.

Separuh aku buat bentuk donut, dan separuh lagi buat bentuk bulat. Masa nak goreng, aku leperkan bentuk bulat tu sikit. Sebab hubby lebih suka bentuk macam tu.

Bila dah siap goreng, bolehlah korang tabur gula. Tapi aku tak suka letak gula sebab tak nak rumah bersepah. Nanti boleh mengundang semut. Paham-paham jer lah budak-budak suka makan sambil jalan-jalan, tak pun duduk depan tv.

Hubby pulak makan cicah dengan susu. Manakala aku pulak makan cicah sambal. Macam tu la kalau ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba!!!

Wednesday, December 27, 2017

Bekal ke hospital

Bila batuk si kakak tak baik-baik, timbul pulak penyakit baru. Doktor bagi surat refer ke klinik mata terus. Disebabkan nak pergi hospital pagi-pagi, terpaksa la kita bawa bekal.

Aku panggang jer nugget ayam. Lepas tu potong kecik-kecik dan gaul dengan mayonis. Masa nak gulung tu, letak ler salad, keju dan tuang sos sikit. Siap! Jadi la buat alas perut sementara menunggu nombor naik.






Monday, December 18, 2017

Lempeng Gelembung, Roti Puri, Tumpi

Lempeng gelembung, roti puri, tumpi. Benda yang sama cuma nama jer berbeza. Masa kecil-kecil dulu, aku panggil lempeng gelembung sebab bentuk dia yang menggelembung bila dimasak. Bila dah besar, tinggal di kawasan yang banyak kedai mamak. Aku tengok dia masak roti ni sebiji macam mak aku buat. Rupanya dorang panggil roti puri. Bila aku kahwin dengan laki aku which is orang sabah, mak dia pula masak macam ni juga. Eh, ni macam mak aku buat. Tapi dorang panggil tumpi. Cuma mak mertua aku letak gula di sekeliling lempeng ni dan kelim. Buat lempeng ni tak susah. Cuma perlu 3 bahan jer.

Bahan-Bahan:

Tepung gandum
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Mak aku dulu ajar guna minyak panas. Tapi aku jenis nak cepat, guna minyak masak pada suhu bilik jer. Pastikan doh tak terlalu keras atau lembik. Masa mula-mula aku buat, memang tak reti lagi nak sebatikan bahan-bahan. Selalu jer keras. Well, practice makes perfect. Cewah, riak pula dia. Kikiki... Masa nak goreng tu, pastikan minyak betul-betul panas tau. Kalau tak, tak jadi gelembung tu.

Untuk pencicah, korang boleh pelbagaikan. Kalau ada lauk semalam yang tak abis, boleh la dijadikan pencicah. Kari, sardin, sambal, gula pun boleh. Apa-apa yang boleh diterima oleh tekak korang. Nak makan macam tu pun boleh. Sungguh enak dimakan begitu saja. Pinjam tagline Gardenia. Ahaks. Ok, korang. Selamat mencuba!!!

Abaikan la kuali aku yang tak semenggah tu

Ada yang elok kejadiannya bulat terbentuk. Ada juga yang leper. Ada yang bulat tapi jadi leper sebab kena sepit.

Saturday, December 16, 2017

Tepi Roti

Tepi roti? Ala... yang coklat-coklat kat bahagian tepi roti kosong tu. Anak aku si adik tu tak suka makan tepi-tepi roti ni. Setiap kali  nak makan roti, dia akan suruh aku buang dulu bahagian tepi. Jadi aku simpan masuk dalam tupperware. Nak buang sayang pulak. Biasanya aku goreng dengan telur jer. Ada orang buat puding roti. Biasanya kalau dah goreng ngan telur ni, dorang makan la pulak. Jadi apakah salah tepi roti ni sampai dorang suruh buang. Haih la kanak-kanak.


Yang ni celup satu-satu dalam telur lepas tu goreng. 

Yang ni memang dasar malas. Kacau telur, masuk terus tepi roti ni dalam telur tu. Lepas tu goreng minyak sikit macam buat telur dadar.


Kadang-kadang tepi roti ni aku campur dalam adunan untuk buat jemput-jemput. Idea tu daripada jiran meja sebelah kat opis. Bak kata ada sorang ni, dia kata orang yang suka memasak ni kreatif orangnya. Tapi aku tak suka masak. Tu pasal, masakan aku semua yang mudah-mudah jer. Janji anak aku makan. Tu yang penting. 




Friday, December 15, 2017

Cendawan Hitam / Black Fungus

Aku pernah nampak dan makan cendawan ni. Tapi biasanya dalam sayur campur. Sampai satu hari tu mak aku masak tumis cendawan ni. Eh, sedap pulak.

Takde pula gambar cendawan hitam ni dalam bentuk kering. Nak masak cendawan ni kena rendam dulu. Nanti dia akan jadi lembut dan kembang.

Ada orang campur dalam masak lemak. Tapi bagi aku tumis lagi sedap. Mak aku buang sikit yang bahagian akar dan hiris kecil-kecil. Kalau ikut bapak aku, dia tak suka hiris sebab jadi kecil. Tak puas katanya. Maklumlah lain orang lain seleranya.


Yang ni aku masak. Hiris-hiris jer bawang merah,bawang putih dan ikan bilis (Dasar pemalas nak tumbuk). Kalau bawang dan ikan bilis tu ditumbuk lagi sedap. Nak pedas tambah la cili api sikit.

Thursday, December 14, 2017

Popcorn Ayam Madu

Malu pula rasanya nak share resepi yang tak seberapa ni. Aku guna popcorn ayam yang dalam peket tu jer. Cuma goreng tak payah susah-susah nak proses ayam.

Untuk sambal, aku guna:

4 sudu cili boh (dalam peket juga)
2 sudu sos cili (kimball)
2 sudu madu
Separuh bawang holland
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa


Senang jer kan bahan-bahannya. Aku tak letak bawang merah/besar sebab malas nak kupas. Hehe... Pastikan cili dimasak sampai minyak timbul. Biasa aku kalau masak cili kering ke cili boh ni, aku akan masak lama sikit. Takut sakit perut. Maklumlah perut jenis tak tahan lasak. 


Ni tinggal belen jer. Yang selebihnya hubby dah bawa bekal pergi kerja.


Tuesday, November 28, 2017

Serunding Halia

Serunding halia ni dah viral sebenarnya. Aku cuba buat yang paling simple jer. Meh tengok...

Ikan bilis yang telah digoreng
Halia yang diparut, digoreng sehingga warna perang sedikit


Bawang putih goreng. Kalau garing lagi sedap.

Ikan bilis yang telah ditos minyak, ditumbuk. Ikut korang nak tumbuk atau nak blend.

Ni ikan bilis yang dah siap ditumbuk

Satukan ikan  bilis yang telah ditumbuk, halia dan bawang putih yang telah digoreng tadi.

Ni la hasil akhirnya. Dapat la 1 balang kecil. Tapi tak penuh pun.


Kalau nak lagi sedap, boleh tambah bawang merah dan cili kering yang digoreng. Serunding halia ni sangat sedap dimakan dengan nasi yang panas. Selamat mencuba!!!