Wednesday, March 28, 2012

Cara Hilangkan Mengantuk di Ofis

Mana la tau mungkin berkesan untuk anda yang bekerja di ofis.

1. Bau-bauan - 
Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu (eucalyptus atau mint). Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.

2. Urut - Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa minit sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.


3. Cahaya - 
Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang.


4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda - 
Mengubah kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.


5. Makanan - 
Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan ringan lebih baik. Jika perut anda sudah penuh dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini suatu alasan untuk rasa hendak tidur.


6. Muzik - 
Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak "up-beat", supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif.


7. Berjalan-jalan - 
Jika anda tidak boleh pergi ke luar, anda boleh berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan pejabat.


8. Air - 
Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda.


9. Bersihkan meja - 
Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa serta dapat menggembirakan.


10. Tidur - 
Sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda semula.

Selamat bekerja semua!!!


Monday, January 23, 2012

Bertukar ke Unifi


Semenjak dah pakai unifi ni, internet laju giler. Suka mak... ahaks. Unifi ni adalah produk TM. Aku baru jer pakai unifi ni. Baru jer 2 kali bayar. Setakat ni memang takder problem. Nak tengok youtube pon tak yah nak tunggu loading lama². Bila bukak jer youtube, time tu gak leh tengok tanpa tersekat².


Unifi ni ada 3 pakej. Aku amik pakej VIP 5. Amik setakat yang termampu jer. Lagipon nak guna internet lepas balik keje ngan hari cuti jer. Bukan nak guna 24 jam.


Pakej unifi ni 3 in 1. Ada internet, tv ngan tepon rumah. So, jimat ler skit. Bayar untuk satu benda, tapi dapat 3 benda.

Tepon rumah tu, korang leh sorok jer. Nanti kalau anak² nampak, habis bil melambung. Tapi kalau call ke talian tetap adalah percuma.


Hyyp TV ni lak masa bulan pertama dulu, semua siaran adalah free. Sekarang ni cuma siaran tertentu jer leh dapat. Kalau nak subscribe kena bayar ikut caj yang dorang kenakan. Aku tak kisah sangat tv ni sebab aku tak berapa suka menonton tv pon.

Eh, lagi satu nak bagi tau, korang tau tak leh tengok youtube kat tv tu. Haaaaaa... jangan jeles tau. Disebabkan takde channel kartun, aku search jer kat youtube supaya anak aku tak merengek. Tapi youtube kat tv dorang moniter kot sebab ada beza skit ngan youtube guna pc.

Nak bayar bil pon tak susah. Unifi leh dibayar guna internet banking. Aku guna maybank2u. Korang save terus kat favourite siap² Telekom Malaysia Berhad - Unifi. Takyah nak susah² pergi TM semata² untuk bayar bil. Korang bukak jer internet. Lepas bayar, dorang akan update korang punya akaun lebih kurang dalam 3 hari.

Yang tak bagus pasal TM ni lak adalah customer service dorang. Sangat tak mesra alam. Berbeza masa aku melanggan dengan Celcom dulu. TM ni kadang² tak angkat tepon. Pastuh dia punya customer service cuma office hour jer. Dulu Celcom, sampai malam pon dorang layan kerenah korang. Walaupon aku dah tak guna broadband Celcom, tapi aku tetap guna line Celcom untuk handphone.

astro?... ops.. aku dah terminate semenjak aku pasang unifi. Tak mampu nak bayar kedua² nyer serentak. So, kena pilih salah satu. Siapa yang dah biasa melanggan astro, bila terpaksa beralih ke Hypp TV, mesti rasa tak best. Korang akan paham bila korang alaminya sendiri. Hehehehe... 




Sunday, January 22, 2012

Secret Garden Korean Drama


aku ni bukan ler peminat cerita drama korea... masa cerita winter sonata tengah meletup kat malaysia suatu ketika dulu pon aku tak pernah nak amik tau... aku cuma tau tajuk jer... jalan cerita langsung tak tau... lagi satu lagu winter sonata yang femes tu aku tau ler skit²... 

masa kenduri kat rumah akak aku... kira² tahun lepas kalau tak silap ler... ada cerita secret garden ni kat tv... tak ingat lak aku channel berapa... masa tu cerita ni sampai kat part yang body & soul hero & heroin yang tertukar... start dari situ ler aku search kat internet untuk tau cerita selanjutnya...

ok ler meh aku cerita skit pasal drama ni :

Drama ni mengisahkan tentang Kim Joo Won (Hyun Bin) seorang yang kaya dan berlagak ler jugak... dia ni jadi CEO kat department store... muda² dah dapat jawatan tinggi... secara tak sengaja terjumpa seorang wanita bernama Gil Ra Im (Ha Ji Won) seorang stuntwoman yang sangat humble dan baik... 

Kim Joo Won ni sebenarnyer cari orang lain...  ntah macam mana tersalah orang ler pulak... mulai dari situ ler dorang kerap jumpa... tapi bukan sebagai kawan rapat pon... macam anjing ngan tikus... huhuhu...

tak tau ler bila masa si Kim Joo Won ni leh terjatuh cinta kat Gil Ra Im... biasa la kan klu asyik gado mesti lama² jadi suka... ahaks...

ada sekali tu sampai kat satu tempat peranginan (hadiah cabutan bertuah yang Gil Ra Im dapat kat department store)... sesuatu yang aneh telah terjadi sehingga menyebabkan dorang tertukar body & soul... 

pertukaran tersebut merapatkan lagi hubungan dorang... eh, nak tau kisah selanjutnya korang kena la tengok... mula² aku tengok drama ni, hero & heroin biasa² jer...  dah lama² baru aku nampak dorang tu sweet... ahaks... sampai aku pon jadi angau...


lagi satu watak yang aku suka adalah Oska (seorang penyanyi dan sepupu kepada Kim Joo Won)... hahaha... dia ni paling banyak bercakap dalam drama ni... 


apa lagi... pegi search kat internet... citer ni adalah kisah percintaan yang sangat best... dia punya scene pon sangat cantik... aku bagi 5/5 bintang...