Pages

Showing posts with label Produk. Show all posts
Showing posts with label Produk. Show all posts

Monday, December 4, 2017

Telekung De Humaira

Hari tu aku ada beli dua telekung dari instagram @telekungcottonjepunmurah untuk aku dan satu lagi untuk anak sulung aku. Aku belikan anak aku telekung yang cantik ni sebagai perangsang untuk dia rajin solat. 

Aku punya jenis Delayla Deluxe. Telekung anak aku pulak jenis Telekung De Humaira. Telekung memang amat selesa. Terletak elok jer kat muka. Biasanya anak aku kalau pakai telekung yang lama, mesti nampak rambut. Tapi telekung ni elok jer dia pakai tak nampak rambut. Tak payah pakai anak tudung pun. 

Untuk telekung kanak-kanak kena preorder dulu la. Amik masa 2 minggu gak. Tapi kalau ada yang ready stok cepat jer dapat. Telekung ni senang kalau nak bawak travel sebab ianya datang dengan pakej beg sekali. Korang boleh la usha-usha instagram ni kalau nak beli telekung. Recommended sangat. Nanti ada rezeki, nak beli lagi. Nak sedekah kat family members yang lain.


Telekung Delayla Deluxe
Telekung De Humaira




**Nota: Ini bukan post berbayar. Sekadar perkongsian.

Monday, January 23, 2012

Bertukar ke Unifi


Semenjak dah pakai unifi ni, internet laju giler. Suka mak... ahaks. Unifi ni adalah produk TM. Aku baru jer pakai unifi ni. Baru jer 2 kali bayar. Setakat ni memang takder problem. Nak tengok youtube pon tak yah nak tunggu loading lama². Bila bukak jer youtube, time tu gak leh tengok tanpa tersekat².


Unifi ni ada 3 pakej. Aku amik pakej VIP 5. Amik setakat yang termampu jer. Lagipon nak guna internet lepas balik keje ngan hari cuti jer. Bukan nak guna 24 jam.


Pakej unifi ni 3 in 1. Ada internet, tv ngan tepon rumah. So, jimat ler skit. Bayar untuk satu benda, tapi dapat 3 benda.

Tepon rumah tu, korang leh sorok jer. Nanti kalau anak² nampak, habis bil melambung. Tapi kalau call ke talian tetap adalah percuma.


Hyyp TV ni lak masa bulan pertama dulu, semua siaran adalah free. Sekarang ni cuma siaran tertentu jer leh dapat. Kalau nak subscribe kena bayar ikut caj yang dorang kenakan. Aku tak kisah sangat tv ni sebab aku tak berapa suka menonton tv pon.

Eh, lagi satu nak bagi tau, korang tau tak leh tengok youtube kat tv tu. Haaaaaa... jangan jeles tau. Disebabkan takde channel kartun, aku search jer kat youtube supaya anak aku tak merengek. Tapi youtube kat tv dorang moniter kot sebab ada beza skit ngan youtube guna pc.

Nak bayar bil pon tak susah. Unifi leh dibayar guna internet banking. Aku guna maybank2u. Korang save terus kat favourite siap² Telekom Malaysia Berhad - Unifi. Takyah nak susah² pergi TM semata² untuk bayar bil. Korang bukak jer internet. Lepas bayar, dorang akan update korang punya akaun lebih kurang dalam 3 hari.

Yang tak bagus pasal TM ni lak adalah customer service dorang. Sangat tak mesra alam. Berbeza masa aku melanggan dengan Celcom dulu. TM ni kadang² tak angkat tepon. Pastuh dia punya customer service cuma office hour jer. Dulu Celcom, sampai malam pon dorang layan kerenah korang. Walaupon aku dah tak guna broadband Celcom, tapi aku tetap guna line Celcom untuk handphone.

astro?... ops.. aku dah terminate semenjak aku pasang unifi. Tak mampu nak bayar kedua² nyer serentak. So, kena pilih salah satu. Siapa yang dah biasa melanggan astro, bila terpaksa beralih ke Hypp TV, mesti rasa tak best. Korang akan paham bila korang alaminya sendiri. Hehehehe...