Alhamdulillah... dah tiga hari masuk kerja setelah seminggu bercuti. Pulang ke Sabah kerana majlis kenduri kahwin adik ipar. Tapi aku bukan nak cerita pasal kenduri.
Untuk pengetahuan korang, kawan-kawan ofis aku adalah penyumbang terbesar dalam bajet untuk pulang ke Sabah. Malu? Memang rasa malu sangat. Dalam masa yang sama aku terharu. Bertuah rasanya dapat kawan-kawan ofis yang saling mengambil berat antara satu sama lain.
Bayangkan 7 tahun kami tak balik menyeberangi Laut China Selatan tu. Family sebelah sana ada la juga datang ke Semenanjung. Cuma kami jer tak berjaya menjejakkan kaki ke sana. Banyak perubahan yang dah berlaku. Anak-anak buah sebelah suami semua dah besar panjang. Ada yang dah lain sangat rupa paras dari kecil.
Airport pun banyak yang dah berubah. Nampak tak... huhuhu.... Betapa lamanyer kami tak travel. Kami balik pun berempat jer. Anak yang bongsu masih belum boleh berenggang dengan nenek dia. Pasal anak bongsu ni lain kali aku cerita. Tu pun kalau ada mood.
Dalam hal ni aku rasa kami yang bersalah sebab tiada effort untuk mengumpul duit. Memang rasa bersalah sangat. Kadang-kadang tu ada juga perasaan nak pindah kerja di Sabah. Dapat la juga balik ke Semenanjung setahun sekali guna waran. Tapi tak sanggup pulak rasanya nak berjauhan dengan keluarga aku.
Semoga tahun depan kami dapat balik ke Sabah lagi. Kali ni dengan usaha sendiri. Insyaallah... semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.