Pages

Monday, December 31, 2018

2018 Bakal Melabuhkan Tirai

Hari ni adalah hari terakhir untuk tahun 2018. Beberapa jam lagi 2019 bakal menjelma. Alhamdulillah tahun ni banyak yang telah tercapai. Tahun ni aku menerima APC setelah hampir 9 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Tahun ni juga aku berjaya menurunkan berat sebanyak 10kg. Kalau ikutkan yang sebenarnya dah lebih 10kg berat yang terhapus. Tapi aku bundarkan jer la jadi 10kg sebab berat ada naik balik sikit.

Tahun ni banyak join aktiviti-aktiviti. Diantaranya melawat Nasyrul Quran di Presint 15, menjadi sukarelawan untuk aktiviti ibadah korban, masak bubur asyura, melibatkan diri dalam tadarus dan program khatam al-quran masa bulan puasa dan banyak lagi la. Senarai kegiatan dalam LNPT tahun ni memang banyak sikit dari biasa.

Tahun ni juga aku sekeluarga (kecuali anak bongsu aku) dapat pulang ke Sabah setelah 7 tahun tak balik. Balik sebab adik ipar nak kahwin dengan 'mat salleh'. Dan yang paling tak disangka, satu Bahagian pakat kumpul dana untuk merealisasikan impian kami pulang ke Sabah. Terharu I tau. Pak mentua aku pun ada gak bagi sumbangan sikit. Terima kasih la semua yang terlibat. Semoga murah rezeki kalian semua.

Eh, tahun ni Bahagian kami buat family day di mana kali terakhir adalah 5 tahun yang lepas. Perancangan last minit tu. Walaupun separuh hari jer, dan takde tidur kat hotel. Tapi tetap seronok dan happening. Yang pelik tu project manager balik kampung masa hari kejadian. Hahaha...

Yang sedihnya, tahun ni ramai pegawai yang ditukarkan ke Bahagian lain dan juga luar Kementerian. Aku pun kena tukar gak. Tapi tu tahun depan punya cerita. Yang tu nanti aku cerita. Tu pun kalau aku nak cerita la.

Semoga tahun depan juga lebih bermakna.