Pages

Wednesday, July 25, 2018

Baju dah longgar

Malu sebenarnya nak tunjuk diri sendiri. Ni pun suruh anak dara yang tangkapkan gambar. Walaupun perbezaan cuma 5.7kg, tapi banyak juga lemak-lemak mengecil.Tengoklah, lebih kurang hampir 3 bulan baru susut 5.7kg. Takpelah biar lambat asalkan angka tu berkurang.Yang penting  ada penurunan. 

Gambar masa bulan Januari tak amik. Bulan Januari berat 85.9kg. Sampai bulan 3 turun dalam 3.2kg je. Susah sangat nak turun berat aku ni. Degil betul lelemak yang dah lama menempel kat badan. Masa tu pengurangan inci tak nampak sangat.Tapi usaha tangga kejayaan kan. Yang penting jangan putus asa. Lagi pun banyak sangat cheat day aku. Hahaha...




*
**
***
****
*****
******
*******
********
*********
********
******
*****
****
***
**
*






Tuesday, July 24, 2018

Niat kena betul, hati kena kental, semangat kena kuat

Bertahun-tahun kita makan suka hati. Macam-macam jenis makanan kita telan. Bukan mudah tiba-tiba nak makan ikut diet sihat. Mula-mula yang penting sekali kalau korang nak start to lose weight, adalah niat. Kalau boleh kena la niat yang baik-baik.  Jangan la niat bila dah slim nanti nak pakai baju seksi-seksi. Cuba niat kalau kurus nanti senang la nak solat. Takde sakit-sakit lutut dah.

Setiap orang mesti nak kurus kan. Tak ada pun yang nak gemuk. Bagi yang kurang berat pun, mesti nak berat ideal. Bukan nak jadi gemuk. Nak kentalkan hati bukan senang. Nak disiplinkan diri makan makanan sihat pun susah sangat. Lagi-lagi bekerja di opis yang murah rezeki makanan ni. Dan tempat duduk pun memang bersebelahan je dengan meja makan. Meja makan tu pulak memang selalu orang letak makanan dan wakafkan.  Macam mana la berat tak naik mendadak.

Pertama sekali memang kena betulkan niat dan niat betul-betul. Diet la perlahan-lahan. Jangan secara drastik. Mulakan perubahan sikit demi sikit. Macam aku mula-mula buat. Stop minum air manis. Ambil air kosong at least 3  liter sehari. Tapi aku start dengan 2 liter air kosong dulu. Sebab nak minum air banyak-banyak pun rasa sengsara. Sebab kena kerap pergi ke toilet. Mula-mula tu memang sekejap sekejap rasa nak terkucil. Tapi lama-lama badan dah adapt. Tak ada la nak jenguk toilet je.

Start ambil nasi satu penumbuk tangan kita. Kalau penumbuk kita besar, besar la sikit potion tu. Buat setakat yang termampu dulu. Tak payah nak rushing. Selama ni membesar pun bertahun-tahun. Takkan boleh kurus dalam tempoh yang singkat pulak. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Sebenarnya kita cuma perlu berperang dengan diri sendiri je. Dari kita je nak atau taknak.

Lagi satu, sila la war-warkan yang kita tengah diet. Kalau orang hulur makanan kat kita, cakap jer tengah diet dan tolak la dengan baik. Walaupun orang cakap tak baik tolak rezeki. Bukan ke badan yang sihat juga adalah satu rezeki.

Nanti aku share meal yang sempat aku snap. Maklumlah, bila nampak makanan, memang terus ngap jer. Tu yang kadang-kadang tak sempat snap.