Pages

Friday, November 16, 2018

After 7 years

Alhamdulillah... dah tiga hari masuk kerja setelah seminggu bercuti. Pulang ke Sabah kerana majlis kenduri kahwin adik ipar. Tapi aku bukan nak cerita pasal kenduri. 

Untuk pengetahuan korang, kawan-kawan ofis aku adalah penyumbang terbesar dalam bajet untuk pulang ke Sabah. Malu? Memang rasa malu sangat. Dalam masa yang sama aku terharu. Bertuah rasanya dapat kawan-kawan ofis yang saling mengambil berat antara satu sama lain. 

Bayangkan 7 tahun kami tak balik menyeberangi Laut China Selatan tu.  Family sebelah sana ada la juga datang ke Semenanjung. Cuma kami jer tak berjaya menjejakkan kaki ke sana. Banyak perubahan yang dah berlaku. Anak-anak buah sebelah suami semua dah besar panjang. Ada yang dah lain sangat rupa paras dari kecil.

Airport pun banyak yang dah berubah.  Nampak tak... huhuhu.... Betapa lamanyer kami tak  travel. Kami balik pun berempat jer. Anak yang bongsu masih belum boleh berenggang dengan nenek dia. Pasal anak bongsu ni lain kali aku cerita. Tu pun kalau ada mood.

Dalam hal ni aku rasa kami yang bersalah sebab tiada effort untuk mengumpul duit. Memang rasa bersalah sangat. Kadang-kadang tu ada juga perasaan nak pindah kerja di Sabah. Dapat la juga balik ke Semenanjung setahun sekali guna waran. Tapi tak sanggup pulak rasanya nak berjauhan dengan keluarga aku.

Semoga tahun depan kami dapat balik ke Sabah lagi. Kali ni dengan usaha sendiri. Insyaallah... semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.



Monday, September 3, 2018

What's Wrong With Secretary Kim

Gambar ehsan Google
Dah lama tak tengok drama Korea.  Ok, duk mencari cerita apa nak tengok. Last2 aku tertarik dengan cerita ni. Ni pun sebab kawan-kawan review kata best.

Cerita ni berunsurkan komedi romantik. Jadi ada la scene yang 18sx.  Kisahnya bermula apabila setiausaha (Kim Mi So) kepada si bos besar Lee Young Joon mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan setelah 9 tahun bekerja. 

Lee Young Joon ni kira perfectionist la.

***Sorry korang. Cerita ni memang best. Korang tengok la sendiri. Tak payah aku review. Scene cerita ni banyak di kawasan pejabat jer. Takder la scenery yang memaparkan korea sangat. Actually, masa aku publish post ni, aku dah lupa jalan cerita dia. Duk terperam jer dalam draft. Maaf sangat-sangat yer. Untuk cerita ni aku bagi 4/5 bintang. 


Thursday, August 23, 2018

"Kalau Kau Menjadi Aku, Aku Yakin Kau Mengerti"

"Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau  mengerti"

Pernah dengar kata-kata di atas? Pernah dengar nama Jibam? Kata-kata ni aku petik dari novel Jibam. Tapi aku bukan nak buat sinopsis cerita Jibam ni. Cuma sekadar nak bercerita mengenai kata-kata hikmat ni.

Masa aku kecil, aku digolongkan sebagai kanak-kanak yang periang. Punyai ramai kawan terutama lelaki. Kawan perempuan ada, cuma tak berapa ramai. Lagipun budak perempuan cepat nangis. Hahaha... gembeng sungguh la. Walaupun aku perempuan, aku bukan jenis yang sikit-sikit nak nangis. Sebab tu aku suka berkawan dengan budak lelaki. Dorang tak banyak songeh.

Tapi semuanya berubah when i hit my puberty. Aku jadi seorang yang sangat pemalu dan pendiam. Duduk jer dalam bilik berkurung. Langsung tak berminat nak keluar rumah. Malu yang melampau.  Kadang-kadang tu malu tak bertempat.   Aku jadi seorang yang sangat pasif. Langsung tak pandai nak bersosial.

Tapi aku bersyukur sangat sebab parents aku hantar aku pergi boarding school. Aku sekolah asrama  start dari form 1. Tu pun dah berapa bulan sekolah harian, barulah sekolah asrama panggil. Kenapa bukan awal-awal? Yang ni cerita lain. Aku sebenarnya first batch sekolah asrama tu. Masa mula-mula dapat surat daripada sekolah tu, actually sekolah tu masih dalam pembinaan. Belum siap sepenuhnya. Tu yang kena pegi sekolah harian dulu. Ada kawan aku tu, tak pergi sekolah langsung sebab katanya tunggu sekolah siap. Aku pun tak ingat bulan berapa baru sekolah asrama tu panggil.

Sekolah ni tak jauh pun dari rumah aku. Lebih kurang setengah jam juga la masa perjalanan. First batch la katakan. Sekolah pun macam padang jarak padang terkukur. Tak banyak kemudahan lagi. Aku ingat lagi roomate aku budak KL cakap tempat ni macam desert. Aku iyerkan jer la. Budak kampung kan. Ntah paham ke tak desert tu apa. Hahaha...

Start dari sekolah asrama tu la aku pandai sikit nak berkawan. Tahap keyakinan diri tu ada la meningkat sikit. Kalau  tak, nak cakap ngan kawan pun macam ada emas dalam mulut.  Nak cakap ngan kawan perempuan pun takut apatah lagi ngan kawan lelaki. Boleh tak bayangkan camner aku punya tahap keyakinan masa tu.

Satu lagi, orang yang pasif macam aku ni terlalu banyak pikir apa yang orang pikir pasal kau. Kita terlalu takut orang terasa hati dengan kita. Dan kita terlalu menjaga perasaan orang daripada menjaga perasaan sendiri. Bila one of my colleague cerita pasal anak dia yang malu tak bertempat ni, aku paham macam mana perasaan anak dia.  Dan aku masih ada perasaan macam ni. Cuma tak seteruk dulu.

Pernah di satu tahap, aku rasa aku tak berguna sangat. Langsung tak dapat nak membantu orang sekeliling. Aku rasa aku tak lawa. Dah la tak lawa, tak pandai nak bagi idea. Even kalau dalam group, aku rasa aku cuma penyumbang kepada ahli yang ramai jer. Tapi rasa useless sangat.  Sampaikan masa tu aku pikir why do i exist in this world if i can't  gift benefits to others.  Tapi takder la rasa sampai  nak bunuh diri. As i grew older, banyak pengalaman yang dah aku lalui.  Pengalaman lebih mendewasakan kita. Pengalaman membuatkan kita lebih matang dan berfikiran lebih positif.

Aku banyak struggle dengan diri sendiri. Aku suka tengok kawan-kawan yang boleh bercakap dengan lancar depan orang ramai. Aku kagum dengan orang yang boleh berbahas dan berpidato.  But, everybody has their own  strengths and weaknesses.  Bila kita memahami kelebihan dan kekurangan ni, kita akan appreciate others betterTry to put yourself in other's shoes. Sama la juga seperti "kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti".

Harap-harap sampai la apa yang aku nak sampaikan ni.








Monday, August 20, 2018

My Diet

Hari tu janji nak tunjuk makanan yang aku makan sepanjang diet aku. Bukan terlupa tapi malas nyer la. Malas nak edit gambar sebenarnya. Ok, kat sini aku kongsikan makanan-makanan yang sempat aku snap dan mampu  dibeli bahan mentahnya. Nak masak pun tak susah. 




Untuk kesan yang lebih cepat, seeloknya grill, kukus, panggang atau rebus jer la. Kalau goreng-goreng tu kandungan lemak tinggi lak. Tapi aku ni kadang-kadang tekak nak juga yang goreng-goreng. 

Sehari aku makan 5 kali. Sebaik sampai di opis, aku akan ambil sarapan. Jam 10 pagi, ambil snack. Jam 1 tengahari ambil lunch, jam 4 petang ambil snack lagi. Makan malam aku akan makan jam  7 lebih atau lepas masghrib.  Aku akan cuba exercise 3 kali seminggu. Tapi kadang-kadang tak exercise langsung sebab tak sempat.

Actually aku guna  aplikasi myfitnesspal untuk rekod bilangan kalori yang diambil sehari supaya  berlakunya kalori defisit. Nampak macam renyah jer kan. Macam susah jer kan. Kan aku dah cakap nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Aku cheat day bila aku balik kampung iaitu sebulan sekali. Bukan senang nak dapat makan masakan mak. Jadi bila balik kampung, memang aku akan enjoy makan. Kikikiki...