Pages

Tuesday, November 21, 2017

Kuasa Sedekah

Sudah acapkali kita dengar di mana-mana  tazkirah, ceramah, kata-kata nasihat tentang kelebihan bersedekah.

Aku nak cerita sikit pasal kuasa sedekah yang pernah aku alami sendiri.

Kisah pertama:
Masa tu dah nak dekat raya. Kami yang kerja gomen ni Alhamdulillah setiap tahun dapat bantuan kewangan RM500. Masa tu terdetik nak sedekah kat parents. Lalu aku transfer la RM100 kat mereka. Niat tu macam tarik tali gak. Kalau bagi RM100, tinggal RM400 jer la kata aku dalam hati. Tapi aku berjaya juga lawan bisikan-bisikan yang tak berapa bagus tu.


Kebetulan ofis kami ada buat anjuran untuk menerima sumbangan bagi mereka yang layak sempena untuk menyambut hari raya. Dan aku adalah salah seorang yang terpilih. Masa aku terima sampul duit raya tu, aku tengok banyaknyer helaian-helaian note RM50. Allahuakbar menangis aku masa tu. Aku sedekah RM100, aku dapat balik RM500.

Kisah kedua:
Kalau yang kerja gomen mesti tau tarikh gaji adalah mengikut peristiwa/perayaan. Masa tu memang duit hampir kering. Pening kepala pikir mana nak cari sumber. Maklumlah jarak untuk terima gaji seterusnya agak lama. Aku ingat lagi pagi tu aku sedekah kat sorang budak ni RM5. Hari sebelumnya ada diedarkan sampul surat untuk kutipan sumbangan. Kalau dulu ada duit sikit, memang aku takkan bagi. Sekarang, aku cuba sedekah walaupun sedikit setiap kali kutipan dibuat. Bila dah sedekah, duit dalam tangan dah habis. Mana nak cari duit belanja anak sekolah, duit minyak kereta. Memang aku tawakal jer. Aku cakap dalam hati, rezeki Allah yang bagi. Yang penting usaha.


Aku ada banyak akaun bank. Tapi semua ada sikit-sikit. Tak boleh keluar pon. Jadi pagi tu aku ingat nak transfer la singgit dua antara akaun aku supaya boleh keluar kat mesin atm. Ok, RHB ada la tak sampai RM10 pon, CIMB pon lebih kurang. Kalau transfer kat Maybank masing-masing kena cas RM0.53 kalau pindahan dibuat secara instant. Ok la janji dapat keluarkan RM10 pon jadi la. So, aku buka la Maybank nak tengok baki, kot-kot la boleh campur-campur jadi RM10. Bukak2 jer M2U, terkejut aku tengok angka yang terpapar. Aku gosok-gosok mata aku banyak kali. Betul ke ni?. Tengok transaction history ada tulis transaksi dari insurans. Ya Allah Alhamdulillah. Aku pegi toilet nangis kesyukuran. RM2k lebih. Insurans yang aku terminate dulu dah kembalikan duit aku.

Kesimpulannya kat sini janganlah takut-takut nak bersedekah. Setiap rezeki kita ada rezeki orang lain. Rezeki kita tidak akan kurang dengan bersedekah. Malah akan bertambah. Janji Allah itu pasti.

Nota kaki:
Kerja gomen - Kerja kerajaan (loghat orang Perak)

Monday, November 20, 2017

Terminate Loan ASB RHB

Loan ASB ni dah lama aku buat. Semenjak tahun 2011 lagi. Masa tu bayaran bulanan RM66 untuk tempoh 20 tahun. Aku buat loan sebanyak RM10k jer. Semenjak GST dipraktikkan di Malaysia, bayaran bulanan meningkat ke RM72.

Tujuan asal aku buat loan ni sebenarnya untuk menabung secara paksa. Yer la, kalau sendiri nak menabung, memang susah sikit la kan. Lagi-lagi kalau disiplin tu rendah. Setiap awal tahun, memang kerja aku beratur kat bank untuk keluarkan dividen ASB ni. Memang membantu sangat-sangat untuk bayar yuran sekolah anak.

Tapi, lately dividen ASB semakin menurun. Tapi tu bukan sebab utama untuk aku terminate. Sebenarnya aku nak bebaskan diri dari sebarang hutang-hutang yang menyebabkan aku perlu buat bayaran secara bulanan. Dalam bahasa mudah, aku tak nak komitmen bayaran bulanan lagi. 

Ok, meh aku cerita prosedur yang aku lalui untuk terminate loan ASB ni:

Aku pergi RHB kat Presint 8. Dekat kaunter yang ambil nombor tu, cakap nak terminate loan ASB. Terus dia bagi borang. Lepas isi borang, dia akan bagi nombor giliran. Bila nombor kena panggil, kat kaunter tu bagi jer kita punya IC/Mykad. Lepas tu dia tengok sistem dia zup zap zup zap dia kata "akak bulan depan bayar untuk 1 bulan punya bayaran. Lepas tu terminate dah." Dia kata kita akan buat pengiraan dan lebih kurang 1 bulan, duit belen akan masuk dalam akaun ASB. Thats it! Senangnyer urusan aku. Haha...

Aku takde la dapat banyak. Lebih kurang RM1650.84 jer. After 2 weeks duit masuk, aku received insurans untuk loan ASB tu pulak. Insurans lak lebih kurang RM85.70.

Orang RHB tu takde lak tanya kenapa aku nak terminate loan ASB. Macam tau-tau jer aku taknak cerita. Terima kasih la sebab menghormati privacy saya yer Encik Bank. 

Kalau korang tanya macam mana nak kira, sorry aku tak tau. Sila tanya Encik Bank. Lega dah, setel satu part. Another part to setel.

Come back post

Pejam celik pejam celik dah tahun 2017. Dah lama sangat aku biarkan Wadah Impian ni bersawang. Impian ntah ke mana. Yang tinggal hanya wadahnya saja. Sebenarnya, aku dalam cubaan untuk kembali aktif berblog. Kita tunggu dan lihat jer macam mana nanti.

Dalam post sebelum-sebelum ni ada aku ceritakan pasal Unifi dan Myvi. Ok, Unifi aku dah terminate sebabnya adalah semata-mata nak beli kereta. Well, ko kena korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Aku nak beli kereta untuk kemudahan kami anak beranak. Jenuh gak naik bas setiap hari dengan bawak anak kecik. Lagi-lagi kalau hari hujan. Kesian pulak kat anak-anak. Di antara Unifi ngan kereta, aku lebih suka pilih kereta. Aku kena buat pilihan sebab ekonomi kami laki bini tak berapa stabil. And yes, i make the right choice.

Satu perkara lagi, i have to choose between Myvi and Viva. So, we agree to buy Viva base on our budget. Mula-mula risau gak sebab laki aku memang besar. Takot gak la kalau-kalau tak muat. Hahaha... And once again we do make the right choice. Alhamdulillah. 

Semoga tahun-tahun yang mendatang akan lebih bermakna untuk kami sekeluarga. Aminnn...

Till we meet again in my next post. Insyaallah.




Wednesday, July 29, 2015

Mencari Sinar

Dulu hati sangat suci. Dulu hati sangat murni. Tidak terlintas sebarang keburukan tatkala melihatkan sesiapa yang lalu di pandangan. Tapi semakin banyak pengalaman yang dilalui, hati semakin takut. Masyaallah... dunia semakin kejam. Manusia semakin mementingkan diri sendiri. Sedangkan keluarga sendiri tidak lagi dipeduli.

Di saat diri sedang tergapai-gapai mencari sinar, acapkali terhenti kerana godaan duniawi. Di saat diri sedang mencari-cari jalan menuju ke syurga-Mu, pasti ada halangan yang membantutkan usaha. Namun, jika hati kukuh, sebarang musibah dapat ditempuh.

Ya Allah, tetapkan hatiku hanya untuk Mu.