Pages

Wednesday, December 27, 2017

Bekal ke hospital

Bila batuk si kakak tak baik-baik, timbul pulak penyakit baru. Doktor bagi surat refer ke klinik mata terus. Disebabkan nak pergi hospital pagi-pagi, terpaksa la kita bawa bekal.

Aku panggang jer nugget ayam. Lepas tu potong kecik-kecik dan gaul dengan mayonis. Masa nak gulung tu, letak ler salad, keju dan tuang sos sikit. Siap! Jadi la buat alas perut sementara menunggu nombor naik.






Monday, December 18, 2017

Lempeng Gelembung, Roti Puri, Tumpi

Lempeng gelembung, roti puri, tumpi. Benda yang sama cuma nama jer berbeza. Masa kecil-kecil dulu, aku panggil lempeng gelembung sebab bentuk dia yang menggelembung bila dimasak. Bila dah besar, tinggal di kawasan yang banyak kedai mamak. Aku tengok dia masak roti ni sebiji macam mak aku buat. Rupanya dorang panggil roti puri. Bila aku kahwin dengan laki aku which is orang sabah, mak dia pula masak macam ni juga. Eh, ni macam mak aku buat. Tapi dorang panggil tumpi. Cuma mak mertua aku letak gula di sekeliling lempeng ni dan kelim. Buat lempeng ni tak susah. Cuma perlu 3 bahan jer.

Bahan-Bahan:

Tepung gandum
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Mak aku dulu ajar guna minyak panas. Tapi aku jenis nak cepat, guna minyak masak pada suhu bilik jer. Pastikan doh tak terlalu keras atau lembik. Masa mula-mula aku buat, memang tak reti lagi nak sebatikan bahan-bahan. Selalu jer keras. Well, practice makes perfect. Cewah, riak pula dia. Kikiki... Masa nak goreng tu, pastikan minyak betul-betul panas tau. Kalau tak, tak jadi gelembung tu.

Untuk pencicah, korang boleh pelbagaikan. Kalau ada lauk semalam yang tak abis, boleh la dijadikan pencicah. Kari, sardin, sambal, gula pun boleh. Apa-apa yang boleh diterima oleh tekak korang. Nak makan macam tu pun boleh. Sungguh enak dimakan begitu saja. Pinjam tagline Gardenia. Ahaks. Ok, korang. Selamat mencuba!!!

Abaikan la kuali aku yang tak semenggah tu

Ada yang elok kejadiannya bulat terbentuk. Ada juga yang leper. Ada yang bulat tapi jadi leper sebab kena sepit.

Saturday, December 16, 2017

Tepi Roti

Tepi roti? Ala... yang coklat-coklat kat bahagian tepi roti kosong tu. Anak aku si adik tu tak suka makan tepi-tepi roti ni. Setiap kali  nak makan roti, dia akan suruh aku buang dulu bahagian tepi. Jadi aku simpan masuk dalam tupperware. Nak buang sayang pulak. Biasanya aku goreng dengan telur jer. Ada orang buat puding roti. Biasanya kalau dah goreng ngan telur ni, dorang makan la pulak. Jadi apakah salah tepi roti ni sampai dorang suruh buang. Haih la kanak-kanak.


Yang ni celup satu-satu dalam telur lepas tu goreng. 

Yang ni memang dasar malas. Kacau telur, masuk terus tepi roti ni dalam telur tu. Lepas tu goreng minyak sikit macam buat telur dadar.


Kadang-kadang tepi roti ni aku campur dalam adunan untuk buat jemput-jemput. Idea tu daripada jiran meja sebelah kat opis. Bak kata ada sorang ni, dia kata orang yang suka memasak ni kreatif orangnya. Tapi aku tak suka masak. Tu pasal, masakan aku semua yang mudah-mudah jer. Janji anak aku makan. Tu yang penting. 




Friday, December 15, 2017

Cendawan Hitam / Black Fungus

Aku pernah nampak dan makan cendawan ni. Tapi biasanya dalam sayur campur. Sampai satu hari tu mak aku masak tumis cendawan ni. Eh, sedap pulak.

Takde pula gambar cendawan hitam ni dalam bentuk kering. Nak masak cendawan ni kena rendam dulu. Nanti dia akan jadi lembut dan kembang.

Ada orang campur dalam masak lemak. Tapi bagi aku tumis lagi sedap. Mak aku buang sikit yang bahagian akar dan hiris kecil-kecil. Kalau ikut bapak aku, dia tak suka hiris sebab jadi kecil. Tak puas katanya. Maklumlah lain orang lain seleranya.


Yang ni aku masak. Hiris-hiris jer bawang merah,bawang putih dan ikan bilis (Dasar pemalas nak tumbuk). Kalau bawang dan ikan bilis tu ditumbuk lagi sedap. Nak pedas tambah la cili api sikit.

Thursday, December 14, 2017

Popcorn Ayam Madu

Malu pula rasanya nak share resepi yang tak seberapa ni. Aku guna popcorn ayam yang dalam peket tu jer. Cuma goreng tak payah susah-susah nak proses ayam.

Untuk sambal, aku guna:

4 sudu cili boh (dalam peket juga)
2 sudu sos cili (kimball)
2 sudu madu
Separuh bawang holland
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa


Senang jer kan bahan-bahannya. Aku tak letak bawang merah/besar sebab malas nak kupas. Hehe... Pastikan cili dimasak sampai minyak timbul. Biasa aku kalau masak cili kering ke cili boh ni, aku akan masak lama sikit. Takut sakit perut. Maklumlah perut jenis tak tahan lasak. 


Ni tinggal belen jer. Yang selebihnya hubby dah bawa bekal pergi kerja.


Tuesday, December 12, 2017

Taklimat Pencegahan Kebakaran

Alhamdulillah rasa bersyukur sangat bila dijemput untuk menghadiri taklimat ni. Mula-mula dapat emel daripada bos rasa macam, ala... taklimat kebakaran ke, macam tak best jer. First impression mesti ingat abang bomba yang datang untuk bagi taklimat. Rupa-rupanya penceramah perempuan. Comel molek jer orangnya.

Nama penceramah Cik Nurnabila Huda Khairudin dari Pertubuhan Pencegah Kebakaran (PPK) atau dalam Bahasa Inggeris nya Fire Preventors Society. Sebuah badan NGO yang ditubuhkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah kebakaran.

***************

Di antara intipati yang dapat aku kongsi di sini ialah:

1. Sebab Kebakaran / Tempat Yang Paling Kerap Berlaku Kebakaran

Kebakaran yang paling kerap berlaku adalah disebabkan oleh elektrik. Dan kebakaran yang dilaporkan paling kerap adalah di rumah dan juga kereta berbanding bangunan awam. Ini adalah kerana bangunan awam dilengkapi ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan kebakaran berlaku di mana ada undang-undang yang diwajibkan untuk setiap bangunan awam patuhi. Tetapi tidak pada rumah dan kereta.

2. Nombor Panggilan Kecemasan

Nombor panggilan kecemasan pun ada yang tak tau. Selalu ada iklan kat tv dail 999 untuk panggilan kecemasan tak kira la kebakaran ke, kemalangan ke, kecurian ke. Korang tanam nombor tu elok-elok dalam kepala.

        Talian tetap : 999
        Telefon bimbit : 112 (kalau tak ada kredit pon masih boleh dail. Melainkan kalau bateri dah habis. Tawakal jer la masa tu. Hehe...)

3. Alat pemadam api / Fire Extinguisher

Cara menggunakan alat pemadam api. Mula-mula kena tengok meter. Pastikan penunjuk meter pada aras hijau iaitu normal. Kalau kurang, tekanan adalah rendah. Jadi takde apa-apa yang akan keluar. Kalau tekanan lebih pun merbahaya juga kerana boleh menyebabkan kecederaan pada tangan. Lepas tu baru gunakan cara di bawah iaitu PASS.

Pastikan meter penunjuk dia kat warna hijau

Gambar ehsan google

      

Alat pemadam api yang kat atas ni adalah jenis 1kg. Sesuai diletakkan di dalam rumah dan juga kereta. Jenis di atas merupakan British Standard. Ada AES (Anti Explosion System) untuk release pressure bagi mengelakkan letupan berlaku. Powder dalam alat pemadam api ni kena tukar tiap-tiap tahun untuk yang Sirim Malaysian Standard. Tapi kalau yang British Standard setiap 5 tahun sekali. Tank alat pemadam api ni pon kena tukar juga tau. Tapi yang warna kuning tu tank dia tahan seumur hidup. So, thats why dia boleh buat corak macam-macam.

Kalau dalam kereta, kita boleh letakkan alat pemadam api ni dalam dashboard ataupon dekat poket seat belakang co-driver. Supaya kita senang nak ambil.

Kalau kita nak beli brand Osafe ni, kita kena buat permohonan. So, bila dah sampai masa untuk tukar powder, dorang sendiri yang akan datang ke rumah. Kita tak payah nak susah-susah pegi tempat dorang. Standby duit jer.

4. Smoke Detector / Pengesan Asap


Asap merupakan pembunuh yang paling cepat ketika berlakunya kebakaran. Asap mengandungi haba, racun dan juga kelajuan.

Smoke detector ni alat yang dapat mengesan asap sekiranya berlaku kebakaran. Biasanya kalau kebakaran berlaku, asap akan naik ke atas. Jadi alat ini akan mengesan kehadiran asap.

Alat ni perlu dipasang di siling rumah kerana asap sifatnya akan naik ke atas. Penceramah tu kata kalau asap rokok dia tak detect sebab asap rokok ringan. Jadi belum sempat asap rokok tu naik atas, dia dah hilang dulu.


Penceramah tu kata lagi, kalau nak beli smoke detector ni, pastikan beli yang berkualiti. Kalau  boleh beli yang jenis bateri dan juga yang ada reminder kalau bateri nak habis. Kekuatan bunyi pon penting juga iaitu 90db ke atas. Dan pastikan ada lampu. Macam gambar yang aku share ni brand Osafe dan tahan untuk 25 tahun.

5. Assembly Point / Tempat Berkumpul

Yang ni pon penting gak. Ada satu cerita di mana satu kejadian kebakaran telah berlaku. Si suami, isteri dan anak-anak bertempiaran lari untuk selamatkan diri masing-masing. Dorang dapat selamatkan diri. Bila dah keluar, tak jumpa ahli keluarga. Tapi masuk balik sebab nak cari ahli keluarga masing-masing. Yang mana pada akhirnya mereka semua mati di dalam kebakaran tersebut.

Kat sini nak bagi tau betapa pentingnya tempat berkumpul tu. Jadi, pakat-pakat la dengan ahli keluarga kalau berlaku kebakaran, pilih satu tempat yang paling selamat untuk berkumpul.

Lain-lain

1. Kalau berlakunya kebakaran, korang kena break glass ni. Pastikan korang dah tau benda ni diletakkan kat mana. Kalau tak, takde orang yang akan tau. Tapi kalau kebakaran kecil dan kita dapat padam api, tak payah la korang pandai-pandai nak pecahkan.


2. Penceramah ada share satu kejadian kemalangan yang menyebabkan kebakaran kereta. Perkara pertama yang korang kena buat adalah call bomba. Seterusnya, tahan bas/lori/teksi. Ini adalah kerana kenderaan awam memang sepatutnya ada alat pemadam api. Sebab ada undang-undang yang mewajibkan sebagai langkah mencegah kebakaran. Seriously, aku memang tak tau pon pasal ni.

***************

Terima kasih kepada pihak Pertubuhan Pencegah Kebakaran di atas inisiatif ini. Banyak ilmu yang aku dapat.


Tuesday, December 5, 2017

Goblin Korean Drama

Gambar ehsan daripada google

Dah lama sebenarnya habis tengok cerita ni. Jadi ingat-ingat lupa sikit. Sebuah cerita komedi romantik fantasi. Lebih kurang gitu ler.

Goblin iaitu Kim Shin yang mempunyai kehidupan abadi. Hanya boleh menamatkan kehidupan abadi dia dengan mencabut pedang yang tertusuk di dadanya. Pedang ini cuma boleh dicabut oleh pengantin perempuan goblin. Ji Eun Tak yang sepatutnya tidak wujud di dunia, telah lahir dengan kuasa dan bantuan goblin. Ji Eun Tak pula mempunyai kebolehan melihat makhluk-makhluk halus atau hantu la. Mak Ji Eun Tak meninggal masa dia umur 9 tahun. Sepatutnya mak dia dah mati masa accident kena langgar 9 tahun lalu. Tapi goblin telah selamatkan dia. Malaikat maut yang ditugaskan untuk mengambil nyawa mak Ji Eun Tak datang 9 tahun kemudian. Dia turut mencari Ji Eun Tak untuk dibawa bersama-sama. Tetapi diselamatkan oleh Samshin. Ji Eun Tak seterusnya dibesarkan oleh mak saudara dia. Tapi kehidupan dia tak gembira langsung sebab mak saudara dia cuma pikir duit insurans mak dia jer.

Kim Shin yang pada awalnya gembira kerana dia boleh menamatkan kehidupan abadi dia tiba-tiba rasa sedih setelah dia jatuh cinta dengan Ji Eun Tak. Manakala malaikat maut pula sebenarnya adalah maharaja yang telah menyebabkan Kim Shin dibunuh. Malaikat maut ni sebenarnya ditugaskan jadi malaikat maut kerana telah melakukan dosa yang besar.

Tuan kedai ayam (kedai tempat Ji Eun Tak buat part time) iaitu Sunny pula sebenarnya adalah permaisuri kepada maharaja iaitu malaikat maut. Sunny atau nama sebenarnya Kim Sun pada mulanya tidak tau tentang identitinya yang dahulu. Ingatannya kembali setelah mengenali malaikat maut. Begitu juga malaikat maut. Ingatannya turut kembali setelah mengenali Sunny.

Goblin, malaikat maut dan juga Yoo Deok Hwa tinggal satu rumah. Yoo Deok Hwa sebenarnya adalah keturunan Yoo yang menjaga goblin.

Jalan cerita memang sangat best. Chemistry antara watak-watak juga sangat bagus. Scenary pon sangat cantik. Kalau nak tau kisah seterusnya, baik korang tengok sendiri. Lebih senang paham kalau dah tengok.

Aku bagi 5/5 bintang untuk drama goblin ni. Cerita ni dah tayang awal tahun lagi. Better late than never. Huhu...






Monday, December 4, 2017

Telekung De Humaira

Hari tu aku ada beli dua telekung dari instagram @telekungcottonjepunmurah untuk aku dan satu lagi untuk anak sulung aku. Aku belikan anak aku telekung yang cantik ni sebagai perangsang untuk dia rajin solat. 

Aku punya jenis Delayla Deluxe. Telekung anak aku pulak jenis Telekung De Humaira. Telekung memang amat selesa. Terletak elok jer kat muka. Biasanya anak aku kalau pakai telekung yang lama, mesti nampak rambut. Tapi telekung ni elok jer dia pakai tak nampak rambut. Tak payah pakai anak tudung pun. 

Untuk telekung kanak-kanak kena preorder dulu la. Amik masa 2 minggu gak. Tapi kalau ada yang ready stok cepat jer dapat. Telekung ni senang kalau nak bawak travel sebab ianya datang dengan pakej beg sekali. Korang boleh la usha-usha instagram ni kalau nak beli telekung. Recommended sangat. Nanti ada rezeki, nak beli lagi. Nak sedekah kat family members yang lain.


Telekung Delayla Deluxe
Telekung De Humaira




**Nota: Ini bukan post berbayar. Sekadar perkongsian.