Pages

Tuesday, January 30, 2018

Mak kau hijau

Hahaha... aku tak tau datang dari mana ayat mak kau hijau ni. Tapi ayat ni dah famous. Tapi bukan pasal ni aku nak cerita sebenarnya walaupun tu tajuk utama.

Setiap orang ada warna kegemaran masing-masing. Biru, merah, hijau, kuning, coklat dan macam-macam lagi. Aku pun tak terkecuali. Masa kecil-kecil dulu warna kegemaran aku adalah warna biru. Kebanyakan baju aku warna biru. Sampai kan mak aku cakap cuba la pilih warna lain pula. Bukan aku tak nak. Tapi warna biru tu jer yang sedap dipandang kat mata aku masa tu.

Bila dah besar sikit, mula nampak warna lain cantik. Tapi kebanyakannya warna yang gelap. Biru gelap, hitam, coklat gelap, hijau tua dan banyak lagi la. Ada sebilangan orang suka warna tertentu sehingga peralatan, baju dan rumah pun adalah warna kegemaran dia. Dia cuma nampak warna tu jer yang cantik. Tapi yang bagusnya, orang macam ni mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan pendirian yang tetap. 

Aku pula jenis yang tak tetap pendirian. Kadang-kadang nampak warna hijau cantik. Kadang-kadang nampak warna pink lak yang menawan. Tapi walau apa pun, kalau orang tanya aku apa warna kegemaran, aku tetap jawap biru. 

Cawan, bekas, papan pemotong, piring yang berwarna hijau kat rumah aku. Ni bila warna hijau nampak cantik di mata aku.

Monday, January 22, 2018

Keranamu 3 in 1 Old Town White Coffee

Ni cerita pasal malam tadi. Lepas maghrib pergi beli barang dapur ditemani anak-anak. Sebelum keluar, selalunya aku pastikan semua kerja rumah dah siap dilaksanakan. Dengan harapan balik nanti tak banyak kerja nak kena buat. Biasalah kalau aku yang pergi beli. Yang takde dalam list pun mesti terbeli juga. Sebab tu kadang-kadang suruh encik suami jer yang beli. Tapi siang tu macam kesian kat encik suami. 

Aku masak lunch pun dengan apa yang ada jer. Sebelum tu, aku dan anak-anak memang dah makan malam jam 6.00 pm. Hehehe... spesies kuat makan memang macam ni. Dengan harapan tak payah lah makan lagi malam nanti (harapan la sangat).

Jadi banyak la aku memborong roti. Konon-konon takut anak-anak lapar lagi malam nanti (padahal takut diri sendiri yang lapar). Bolehlah buat sebagai backup. Aku beli la old town white coffe 3 in 1. Dah lama tak minum old town white coffee ni. Balik rumah tu, lepas solat isyak terus la pegi buat air. Macam biasa jam 10.30 pm ajak anak-anak masuk tidur. Sempat la gaduh-gaduh manja ngan anak-anak sebelum dorang semua terlelap.

Tinggal la aku terkontang-kanting sorang-sorang tak boleh tidur. Puas la aku duk pejamkan mata. Kejap-kejap tengok jam. Padahal dah niat nak puasa ganti esoknya. Pusing kiri tak jalan, pusing kanan pun sama. Terlentang pun tak juga tidur. Alahai... nikmat tidur dah ditarik. Penangan old town white coffe sebelum tidur la ni. Last aku tengok jam masa tu pukul 3.00 am. Lepas tu lah kot baru hanyut dibuai mimpi indah. Tapi sekejap jer la sebab jam 4.30 am loceng dah bunyi. Tapi pukul 5.00 am baru aku bangun sebab duk snooze manjang.

Waktu sahur pun rasa macam terhuyung hayang. Rasa macam tak cukup tidur. Sampai ofis sambung tidur sekejap bagi stabil. Alhamdulillah masih normal sampai sekarang. Hehehe...



Wednesday, January 17, 2018

Mini Burger

Hari tu tengok ada kawan beli mini burger ni. Berkenan lak di hati. Maka pre order la juga. Order dengan kawan satu bangunan gak. Balik rumah terus jer grill. Esoknya grill lagi untuk bekal anak ke sekolah. Aku beli satu set iaitu roti burger (20 ketul) dan daging burger (25 ketul). Roti tu aku beli mix, satu peket original dan satu peket lagi yang warna warni. 

Daging burger tu memang sedap. Si adik suka daging jer. Jadi untuk dia kena grill banyak sikit daging. Si kakak, 3 ketul pun tak cukup. Maklumlah, dah nama pun mini burger. Mestilah saiz kecil-kecil. Tapi seriously daging tu memang sedap. Rasa nak beli daging burger tu jer. Tapi tak tanya pula dengan kawan aku tu boleh beli loose atau tak. 


Daging burger ada 25 ketul dalam 1 peket ni.

Ni roti burger. Yang original tu dah grill 4 ketul. Tu pasal tinggal 6 jer.

Roti yang dah di grill. Sapu sikit planta untuk rasa yang lebih sedap.

Daging burger yang tengah di grill.

Ni la hasilnya. Memang roti dan daging jer. Takde tambahan sayur atau cheese. Hehe...


Monday, January 15, 2018

Hotdog rolls

Hotdog rolls boleh dijadikan sebagai idea bekal untuk anak-anak ke sekolah. Nak buatnya pun sangat mudah. Kalau nak jimat, 1 hotdog tu boleh kerat 4 secara memanjang. 

Bahan-bahan:

Roti gardenia putih
Hotdog
Telur
Breadcrumbs - optional

Sebelum balut hotdog dengan roti, leperkan dulu roti dengan rolling pin supaya nanti bila goreng, roti tak menyerap minyak dengan banyak. Masa nak goreng, salutkan hotdog yang dah dibalut roti tu dengan telur. Boleh juga salut dengan breadcrumbs lepas tu barulah goreng. 

Biasanya aku jarang letak breadcrumbs sebab nak cepat. Letak telur jer pun dah sedap. Anak-anak pun suka walaupun simple. Boleh dimakan cicah dengan sos sebagai penambah selera. Selamat mencuba!!!


Aku bawa juga bekal ke ofis kalau ada lebih. Hehe...

Sunday, January 14, 2018

Nak kurus? Jangan mimpilah kalau...

Kita sedia maklum bahawa Malaysia di antara negara yang mempunyai ramai penduduk yang mempunyai masalah overweight dan obesiti. Dan aku adalah salah seorang yang termasuk dalam golongan tu. 

Niat nak kurus memang ada. Tapi nak merealisasikan sangatlah susah. Kalau semangat tak kuat, jangan haraplah kau akan kurus. Lebih-lebih lagi tahap kemalasan tu sangat tinggi. Dah macam-macam tips yang aku baca. Dah macam-macam jenis diet aku kaji. Tapi bila semangat dan kemalasan bersatu, memang tak akan berhasil. Lebih-lebih lagi bila orang sekeliling tak menyokong sepenuhnya niat kita.

Aku selalu terfikir, nak diet kena makan makanan berkhasiat. Nak makan makanan berkhasiat kena rajin masak sendiri. Nak masak sendiri kena beli barang mentah sendiri. Aku rasa nak diet tu kena banyak guna duit. Sedangkan aku nak jimat duit. 

Sebenarnya yang aku nak sampaikan kat sini adalah walau apa pun yang kita nak buat, semuanya dari diri kita sendiri. Niat kita, semangat kita. Orang dulu-dulu kata, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih". Kalau nak buat sesuatu, biarlah bersungguh. Semuanya terserah kepada diri kita sendiri. Kalau dah banyak sangat alasan, memang sampai ke sudah la tak berhasil. Renung dan fikirkanlah.


Ni antara sarapan yang aku suka ambil dekat ofis. Nescafe dan roti. Jangan haraplah nak kurus kalau macam ni kan. Hehe...

Saturday, January 13, 2018

Kuey teow goreng sedap

Rasa nak tergelak pulak buat tajuk macam tu. Sebenarnya sedap kat tekak aku jer la. Bukan senang nak masak sedap-sedap ni kan. Ok bahan-bahan yang aku guna sangat mudah.

Bahan-bahan:

1 peket kuey teow
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
4 ulas bawang merah - tumbuk lumat
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili - aku guna sos cili Kimball
4 sudu besar kicap manis - kicap Jalen (warna merah)
2 sudu besar kicap masin - kicap Jalen (warna hijau)
1/2 kiub ayam - kiub ayam Knorr
1 biji telur
Fishcake - optional (boleh letak udang, sotong dan lain-lain)

Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi. Untuk kicap tu, boleh kurang atau tambah ikut kesesuaian tekak masing-masing. Aku tak letak garam sebab rasanya dah cukup.

Ni la hasilnya. Anak aku makan bertambah. Memang sedap betul la tu. Hehe...

Friday, January 12, 2018

Donut gebu

Resepi donut ni aku dapat daripada daridapuraida.blogspot.my 

Bahan-bahan:

Bahan A
1 peket yis kering 
2 sudu susu pekat  
1 cawan air suam
2 sudu gula     

Campurkan bahan-bahan di atas dan biarkan kembang.

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Ramaskan bahan-bahan di atas dengan jari sehingga sebati. Bila bahan A dah kembang, masukkan bahan A kepada bahan B sehingga jadi seperti doh. Masa aku buat hari tu, doh macam keras sikit. Mungkin sukatan aku tak berapa tepat. Jadi aku ada tambah sedikit air dan juga sedikit minyak. Biarkan doh lebih kurang 30 minit sebelum kita terap jadi bentuk donut. Sebelum terap tu, doh yang dah naik kita uli sekali lagi. Lepas tu barulah buat bentuk-bentuk yang kita suka.


Ni sebenarnya bulat-bulat selepas buat bentuk donut. Jadi yang bulat bahagian tengah donut tu, aku asingkan dan goreng bagi si adik makan. Sesuai sangat ngan mulut budak-budak nak ngap.

Separuh aku buat bentuk donut, dan separuh lagi buat bentuk bulat. Masa nak goreng, aku leperkan bentuk bulat tu sikit. Sebab hubby lebih suka bentuk macam tu.

Bila dah siap goreng, bolehlah korang tabur gula. Tapi aku tak suka letak gula sebab tak nak rumah bersepah. Nanti boleh mengundang semut. Paham-paham jer lah budak-budak suka makan sambil jalan-jalan, tak pun duduk depan tv.

Hubby pulak makan cicah dengan susu. Manakala aku pulak makan cicah sambal. Macam tu la kalau ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba!!!

Thursday, January 11, 2018

2018 : Tahun Baru Azam Baru

Dah masuk minggu kedua tahun 2018, baru sekarang ada kekuatan nak menaip. Maklumlah anak-anak masih tak sihat sepenuhnya. Sekolah pun on off jer. Tahun ni macam-macam azam yang bermain di minda. Banyak perancangan, tapi pelaksanaannya belum tau lagi akan tercapai atau tak. Tahun ni macam ada satu semangat yang baru. Semangat yang berkobar-kobar untuk merealisasikan impian dan azam. Semoga isiqamah lah hendaknya.

Tahun lepas, aku berjaya menamatkan beberapa komitmen bayaran bulanan. Jadi ada pertambahan duit masuk. Alhamdulillah. Tapi azam nak kurangkan berat badan tak pernah nak tercapai. Semangat tak berapa kuat untuk azam yang satu ni. Jadi baik aku keluarkan dari list terus. Hahaha...

Tahun ni, di atas paksaan bapa mertuaku, kami berjaya membuka akaun SSPN-i plus untuk anak-anak bertiga. Semua disebabkan pengumuman yang dibuat oleh PM kita semasa pembentangan bajet tahun lepas di mana geran sepadan sebanyak RM500 diberikan kepada murid berumur 7-12 tahun yang mempunyai simpanan minimum akaun SSPN sebanyak RM500 di dalam tahun 2018. Untuk maklumat lanjut, korang boleh buka website PTPTN. Lagipun, bapa mertua yang sponsor untuk pembukaan akaun anak-anakku. Kalau tak, memang tak buka la sampai ke sudah. So, kami kena lah menyumbang untuk bayaran bulanan. Takpe la demi anak-anak. 

Rasanya tak perlu lah aku nak bagi tau secara terperinci azam tahun ni. Semoga impian kita semua akan tercapai seperti yang diimpikan. Amin.