Pages

Monday, December 31, 2018

2018 Bakal Melabuhkan Tirai

Hari ni adalah hari terakhir untuk tahun 2018. Beberapa jam lagi 2019 bakal menjelma. Alhamdulillah tahun ni banyak yang telah tercapai. Tahun ni aku menerima APC setelah hampir 9 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Tahun ni juga aku berjaya menurunkan berat sebanyak 10kg. Kalau ikutkan yang sebenarnya dah lebih 10kg berat yang terhapus. Tapi aku bundarkan jer la jadi 10kg sebab berat ada naik balik sikit.

Tahun ni banyak join aktiviti-aktiviti. Diantaranya melawat Nasyrul Quran di Presint 15, menjadi sukarelawan untuk aktiviti ibadah korban, masak bubur asyura, melibatkan diri dalam tadarus dan program khatam al-quran masa bulan puasa dan banyak lagi la. Senarai kegiatan dalam LNPT tahun ni memang banyak sikit dari biasa.

Tahun ni juga aku sekeluarga (kecuali anak bongsu aku) dapat pulang ke Sabah setelah 7 tahun tak balik. Balik sebab adik ipar nak kahwin dengan 'mat salleh'. Dan yang paling tak disangka, satu Bahagian pakat kumpul dana untuk merealisasikan impian kami pulang ke Sabah. Terharu I tau. Pak mentua aku pun ada gak bagi sumbangan sikit. Terima kasih la semua yang terlibat. Semoga murah rezeki kalian semua.

Eh, tahun ni Bahagian kami buat family day di mana kali terakhir adalah 5 tahun yang lepas. Perancangan last minit tu. Walaupun separuh hari jer, dan takde tidur kat hotel. Tapi tetap seronok dan happening. Yang pelik tu project manager balik kampung masa hari kejadian. Hahaha...

Yang sedihnya, tahun ni ramai pegawai yang ditukarkan ke Bahagian lain dan juga luar Kementerian. Aku pun kena tukar gak. Tapi tu tahun depan punya cerita. Yang tu nanti aku cerita. Tu pun kalau aku nak cerita la.

Semoga tahun depan juga lebih bermakna.

Friday, November 16, 2018

After 7 years

Alhamdulillah... dah tiga hari masuk kerja setelah seminggu bercuti. Pulang ke Sabah kerana majlis kenduri kahwin adik ipar. Tapi aku bukan nak cerita pasal kenduri. 

Untuk pengetahuan korang, kawan-kawan ofis aku adalah penyumbang terbesar dalam bajet untuk pulang ke Sabah. Malu? Memang rasa malu sangat. Dalam masa yang sama aku terharu. Bertuah rasanya dapat kawan-kawan ofis yang saling mengambil berat antara satu sama lain. 

Bayangkan 7 tahun kami tak balik menyeberangi Laut China Selatan tu.  Family sebelah sana ada la juga datang ke Semenanjung. Cuma kami jer tak berjaya menjejakkan kaki ke sana. Banyak perubahan yang dah berlaku. Anak-anak buah sebelah suami semua dah besar panjang. Ada yang dah lain sangat rupa paras dari kecil.

Airport pun banyak yang dah berubah.  Nampak tak... huhuhu.... Betapa lamanyer kami tak  travel. Kami balik pun berempat jer. Anak yang bongsu masih belum boleh berenggang dengan nenek dia. Pasal anak bongsu ni lain kali aku cerita. Tu pun kalau ada mood.

Dalam hal ni aku rasa kami yang bersalah sebab tiada effort untuk mengumpul duit. Memang rasa bersalah sangat. Kadang-kadang tu ada juga perasaan nak pindah kerja di Sabah. Dapat la juga balik ke Semenanjung setahun sekali guna waran. Tapi tak sanggup pulak rasanya nak berjauhan dengan keluarga aku.

Semoga tahun depan kami dapat balik ke Sabah lagi. Kali ni dengan usaha sendiri. Insyaallah... semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.



Monday, September 3, 2018

What's Wrong With Secretary Kim

Gambar ehsan Google
Dah lama tak tengok drama Korea.  Ok, duk mencari cerita apa nak tengok. Last2 aku tertarik dengan cerita ni. Ni pun sebab kawan-kawan review kata best.

Cerita ni berunsurkan komedi romantik. Jadi ada la scene yang 18sx.  Kisahnya bermula apabila setiausaha (Kim Mi So) kepada si bos besar Lee Young Joon mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan setelah 9 tahun bekerja. 

Lee Young Joon ni kira perfectionist la.

***Sorry korang. Cerita ni memang best. Korang tengok la sendiri. Tak payah aku review. Scene cerita ni banyak di kawasan pejabat jer. Takder la scenery yang memaparkan korea sangat. Actually, masa aku publish post ni, aku dah lupa jalan cerita dia. Duk terperam jer dalam draft. Maaf sangat-sangat yer. Untuk cerita ni aku bagi 4/5 bintang. 


Thursday, August 23, 2018

"Kalau Kau Menjadi Aku, Aku Yakin Kau Mengerti"

"Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau  mengerti"

Pernah dengar kata-kata di atas? Pernah dengar nama Jibam? Kata-kata ni aku petik dari novel Jibam. Tapi aku bukan nak buat sinopsis cerita Jibam ni. Cuma sekadar nak bercerita mengenai kata-kata hikmat ni.

Masa aku kecil, aku digolongkan sebagai kanak-kanak yang periang. Punyai ramai kawan terutama lelaki. Kawan perempuan ada, cuma tak berapa ramai. Lagipun budak perempuan cepat nangis. Hahaha... gembeng sungguh la. Walaupun aku perempuan, aku bukan jenis yang sikit-sikit nak nangis. Sebab tu aku suka berkawan dengan budak lelaki. Dorang tak banyak songeh.

Tapi semuanya berubah when i hit my puberty. Aku jadi seorang yang sangat pemalu dan pendiam. Duduk jer dalam bilik berkurung. Langsung tak berminat nak keluar rumah. Malu yang melampau.  Kadang-kadang tu malu tak bertempat.   Aku jadi seorang yang sangat pasif. Langsung tak pandai nak bersosial.

Tapi aku bersyukur sangat sebab parents aku hantar aku pergi boarding school. Aku sekolah asrama  start dari form 1. Tu pun dah berapa bulan sekolah harian, barulah sekolah asrama panggil. Kenapa bukan awal-awal? Yang ni cerita lain. Aku sebenarnya first batch sekolah asrama tu. Masa mula-mula dapat surat daripada sekolah tu, actually sekolah tu masih dalam pembinaan. Belum siap sepenuhnya. Tu yang kena pegi sekolah harian dulu. Ada kawan aku tu, tak pergi sekolah langsung sebab katanya tunggu sekolah siap. Aku pun tak ingat bulan berapa baru sekolah asrama tu panggil.

Sekolah ni tak jauh pun dari rumah aku. Lebih kurang setengah jam juga la masa perjalanan. First batch la katakan. Sekolah pun macam padang jarak padang terkukur. Tak banyak kemudahan lagi. Aku ingat lagi roomate aku budak KL cakap tempat ni macam desert. Aku iyerkan jer la. Budak kampung kan. Ntah paham ke tak desert tu apa. Hahaha...

Start dari sekolah asrama tu la aku pandai sikit nak berkawan. Tahap keyakinan diri tu ada la meningkat sikit. Kalau  tak, nak cakap ngan kawan pun macam ada emas dalam mulut.  Nak cakap ngan kawan perempuan pun takut apatah lagi ngan kawan lelaki. Boleh tak bayangkan camner aku punya tahap keyakinan masa tu.

Satu lagi, orang yang pasif macam aku ni terlalu banyak pikir apa yang orang pikir pasal kau. Kita terlalu takut orang terasa hati dengan kita. Dan kita terlalu menjaga perasaan orang daripada menjaga perasaan sendiri. Bila one of my colleague cerita pasal anak dia yang malu tak bertempat ni, aku paham macam mana perasaan anak dia.  Dan aku masih ada perasaan macam ni. Cuma tak seteruk dulu.

Pernah di satu tahap, aku rasa aku tak berguna sangat. Langsung tak dapat nak membantu orang sekeliling. Aku rasa aku tak lawa. Dah la tak lawa, tak pandai nak bagi idea. Even kalau dalam group, aku rasa aku cuma penyumbang kepada ahli yang ramai jer. Tapi rasa useless sangat.  Sampaikan masa tu aku pikir why do i exist in this world if i can't  gift benefits to others.  Tapi takder la rasa sampai  nak bunuh diri. As i grew older, banyak pengalaman yang dah aku lalui.  Pengalaman lebih mendewasakan kita. Pengalaman membuatkan kita lebih matang dan berfikiran lebih positif.

Aku banyak struggle dengan diri sendiri. Aku suka tengok kawan-kawan yang boleh bercakap dengan lancar depan orang ramai. Aku kagum dengan orang yang boleh berbahas dan berpidato.  But, everybody has their own  strengths and weaknesses.  Bila kita memahami kelebihan dan kekurangan ni, kita akan appreciate others betterTry to put yourself in other's shoes. Sama la juga seperti "kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti".

Harap-harap sampai la apa yang aku nak sampaikan ni.








Monday, August 20, 2018

My Diet

Hari tu janji nak tunjuk makanan yang aku makan sepanjang diet aku. Bukan terlupa tapi malas nyer la. Malas nak edit gambar sebenarnya. Ok, kat sini aku kongsikan makanan-makanan yang sempat aku snap dan mampu  dibeli bahan mentahnya. Nak masak pun tak susah. 




Untuk kesan yang lebih cepat, seeloknya grill, kukus, panggang atau rebus jer la. Kalau goreng-goreng tu kandungan lemak tinggi lak. Tapi aku ni kadang-kadang tekak nak juga yang goreng-goreng. 

Sehari aku makan 5 kali. Sebaik sampai di opis, aku akan ambil sarapan. Jam 10 pagi, ambil snack. Jam 1 tengahari ambil lunch, jam 4 petang ambil snack lagi. Makan malam aku akan makan jam  7 lebih atau lepas masghrib.  Aku akan cuba exercise 3 kali seminggu. Tapi kadang-kadang tak exercise langsung sebab tak sempat.

Actually aku guna  aplikasi myfitnesspal untuk rekod bilangan kalori yang diambil sehari supaya  berlakunya kalori defisit. Nampak macam renyah jer kan. Macam susah jer kan. Kan aku dah cakap nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Aku cheat day bila aku balik kampung iaitu sebulan sekali. Bukan senang nak dapat makan masakan mak. Jadi bila balik kampung, memang aku akan enjoy makan. Kikikiki...



Wednesday, July 25, 2018

Baju dah longgar

Malu sebenarnya nak tunjuk diri sendiri. Ni pun suruh anak dara yang tangkapkan gambar. Walaupun perbezaan cuma 5.7kg, tapi banyak juga lemak-lemak mengecil.Tengoklah, lebih kurang hampir 3 bulan baru susut 5.7kg. Takpelah biar lambat asalkan angka tu berkurang.Yang penting  ada penurunan. 

Gambar masa bulan Januari tak amik. Bulan Januari berat 85.9kg. Sampai bulan 3 turun dalam 3.2kg je. Susah sangat nak turun berat aku ni. Degil betul lelemak yang dah lama menempel kat badan. Masa tu pengurangan inci tak nampak sangat.Tapi usaha tangga kejayaan kan. Yang penting jangan putus asa. Lagi pun banyak sangat cheat day aku. Hahaha...




*
**
***
****
*****
******
*******
********
*********
********
******
*****
****
***
**
*






Tuesday, July 24, 2018

Niat kena betul, hati kena kental, semangat kena kuat

Bertahun-tahun kita makan suka hati. Macam-macam jenis makanan kita telan. Bukan mudah tiba-tiba nak makan ikut diet sihat. Mula-mula yang penting sekali kalau korang nak start to lose weight, adalah niat. Kalau boleh kena la niat yang baik-baik.  Jangan la niat bila dah slim nanti nak pakai baju seksi-seksi. Cuba niat kalau kurus nanti senang la nak solat. Takde sakit-sakit lutut dah.

Setiap orang mesti nak kurus kan. Tak ada pun yang nak gemuk. Bagi yang kurang berat pun, mesti nak berat ideal. Bukan nak jadi gemuk. Nak kentalkan hati bukan senang. Nak disiplinkan diri makan makanan sihat pun susah sangat. Lagi-lagi bekerja di opis yang murah rezeki makanan ni. Dan tempat duduk pun memang bersebelahan je dengan meja makan. Meja makan tu pulak memang selalu orang letak makanan dan wakafkan.  Macam mana la berat tak naik mendadak.

Pertama sekali memang kena betulkan niat dan niat betul-betul. Diet la perlahan-lahan. Jangan secara drastik. Mulakan perubahan sikit demi sikit. Macam aku mula-mula buat. Stop minum air manis. Ambil air kosong at least 3  liter sehari. Tapi aku start dengan 2 liter air kosong dulu. Sebab nak minum air banyak-banyak pun rasa sengsara. Sebab kena kerap pergi ke toilet. Mula-mula tu memang sekejap sekejap rasa nak terkucil. Tapi lama-lama badan dah adapt. Tak ada la nak jenguk toilet je.

Start ambil nasi satu penumbuk tangan kita. Kalau penumbuk kita besar, besar la sikit potion tu. Buat setakat yang termampu dulu. Tak payah nak rushing. Selama ni membesar pun bertahun-tahun. Takkan boleh kurus dalam tempoh yang singkat pulak. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Sebenarnya kita cuma perlu berperang dengan diri sendiri je. Dari kita je nak atau taknak.

Lagi satu, sila la war-warkan yang kita tengah diet. Kalau orang hulur makanan kat kita, cakap jer tengah diet dan tolak la dengan baik. Walaupun orang cakap tak baik tolak rezeki. Bukan ke badan yang sihat juga adalah satu rezeki.

Nanti aku share meal yang sempat aku snap. Maklumlah, bila nampak makanan, memang terus ngap jer. Tu yang kadang-kadang tak sempat snap.


Saturday, June 30, 2018

5kg lagi

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya. Raya kan sebulan.

Baru-baru ni opis kami ada buat open house. Dah beberapa tahun buat kat HQ dan juga secara besar-besaran. Tapi kali ni buat jauh sikit nun kat Bangi. Tugas department kami tiap-tiap tahun jadi dewan bandaraya. Dah nasib badan. Kami yang menurut perintah la katakan. Macam tahun lepas, memang kami kena kutip sampah. Tapi tahun ni tak jemput jiran-jiran makanya keadaan teratur sikit. Ada tukang kutip sampah lain yang tolong buat kerja kami. Jadi, dapatlah kami mentekedarah dengan aman.

Tapi bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Masa aku duk melilau cari makanan, opismate aku tegur. "Kak, dari jauh nampak kurus sangat". Kembang kuncup hidung aku weh. Finally someone noticed. Haha...

And then ada lagi sorang dari jauh duk buat isyarat bentuk badan slim. Korang ni, jangan buat aku bangga boleh tak. Takut naik balik nanti berat aku.

Well, actually bulan puasa berat aku tak turun banyak sangat. Suam-suam kuku je. Mungkin sebab tak exercise. Tak larat nak exercise masa puasa. Bila dah buka puasa, perut rasa penuh pulak. Jadi graf tak berapa bagus.

Just nak inform korang dengan bangganya yang berat aku dah turun 10kg secara total. So, next target another 5kg. Wish me luck.

Monday, April 30, 2018

Turun 5kg

Dalam post awal-awal tahun dulu ada aku cakap nak singkirkan azam untuk kuruskan berat badan. Tapi rasa macam badan makin berat. Nak berpijak di bumi nyata pun rasa tersiksa sebab tumit selalu sakit-sakit.  Dalam instagram ada la aku follow mereka yang menjalankan pemakanan sihat untuk  menurunkan berat badan. Tapi takde la aku join program diet dorang sebab  perlu bayar.

Makanya aku pon  start la membaca post-post yang dorang share dekat instagram. Walaupun bukan secara keseluruhan. Aku ambil input sikit-sikit dari setiap orang. Combinekan dan follow la cara-cara yang betul sikit demi sikit. Alhamdulillah sehingga kini dah berjaya turun 5kg. Walaupun ambil masa yang agak lama. 

1 Januari 2018, berat aku adalah 85.9kg. Dan sekarang berat aku 80kg. Dah bulan April baru turun 5kg kan. Secara tepatnya, 5.9kg la.  Aku pun takde la diet secara drastik. Masa awal-awal tu aku cuba elakkan makan malam. Kadang-kadang sebelum tidur pun duk kunyah-kunyah lagi.  Masa tu berjaya la turun 1kg jadi 84.9kg. 

Bulan Februari aku cuba elakkan minuman manis pulak. Yang ni susah sikit. Aku suka minum nescafe. Mula-mula nak stop nescafe memang sakit kepala sikit. Tapi dalam 2 minggu aku minum gak secawan.  Setiap pagi biasanya memang minum air manis. Dan lagi satu kami (me and my husband) memang suka minum kat kedai. Sebab time tu la biasanya dapat borak-borak dan cerita macam-macam lama sikit. Maklumlah laki kerja malam.  Masa ni dapat turunkan berat ke 82.7kg.

Nanti aku share lagi  pasal kisah diet aku. Hopefully berjaya la dapat ideal weight. Doakan aku yer.

Friday, April 6, 2018

Mesyuarat Kelab Sukan dan Kebajikan

Minggu lepas aku berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat kelab dan sukan di dewan tempat aku bekerja. Agenda cabutan bertuah memang ada di setiap mesyuarat macam ni. Dan agenda ni la yang orang tertunggu-tunggu. Lagi-lagi kalau hadiah grand sangat awesome. Tapi kali ni macam tak best sangat  grand prize nyer. 

Alhamdulillah... dapat cadar dan dah siap pasang pun kat rumah. Cantik jer terletak atas katil. Terima kasih kepada urusetia yang membeli cadar ni. Cantik sangat. Saya suka... saya suka...

Tuesday, April 3, 2018

Ole-Ole Dari Sabah

Adik ipar aku biasanya 2 bulan sekali akan balik ke kampung halaman which is Sabah.  Kebiasaannya mesti ada ole-ole dari mentua aku. Banyak ke sikit ke tetap ada.  Yang paling suka haruslah budak-budak dan juga bapak dorang. Hahahaha...

some of the ole-ole yang kami dapat

Monday, April 2, 2018

Cara siang bayam

Hah... ada   sesiapa yang tak tau siang bayam ni?  Meh aku nak tunjukkan caranya. Actually, mak mentua aku yang ajar ni. Bertuah punya anak kan. Dengan mak sendiri tak belajar sebab manja sangat malas masak. Bila dah kahwin amik kau duduk dengan mak mentua. Kena la masak walaupun malas. Dah ler duduk menumpang. Tapi tu kisah dulu la.

Daun bayam tu biasanya aku leraikan dari batang dia  siap-siap. Yang leceh tu batang bayam tu sebab kena buang selaput yang ada kat luar dia. kalau tak buang nanti liat masa nak makan.  Tak sedap ler jadinya.  Masa patahkan batang bayam tu,  siap-siap tarik selaput tu. begitulah seterusnya sampai la hujung. Thats it. Mudah kan. Macam tu jer la. 

Nak masak tu pandai-pandai korang la. Nak tumis ke, masak air ke. Ikut selera masing-masing. Aku lebih suka masak air jer. Letak bawang merah, bawang kecil dan ikan bilis.  Siap!




***Entry khas untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak di dapur.

Wednesday, March 7, 2018

Domino's Pizza Free

Opsss... bukan free untuk korang yer. Tapi untuk aku jer. Ahaks... 

Anak buah aku, well actually anak buah laki aku kerja part time kat Domino's Pizza ni. Cari duit poket sambil belajar. Bagus la tu kan. Pandai juga cari duit sendiri. Kerja dia sebagai pembuat pizza. Boleh bawa balik pizza yang dibuat tu. Tapi takde la boleh bawa banyak-banyak. Agak-agak la kan. So, ada la dua tiga kali juga dia hantar ke rumah kami bila habis kerja tu. 

Anak sulung aku, si kakak yang kuat makan tu adalah orang yang paling gembira bila dapat pizza ni. Tapi masalahnya kadang-kadang tu jam 11 malam baru dia hantar. Yer la habis kerja pun lambat. Tapi waktu tidur kami jam 10 atau 10.30 malam. Rezeki takkan nak tolak pulak. Dalam keadaan aku yang tengah diet ni, pasrah jer la. Kang kecil hati pula tak makan.

Aku suka jer orang nak bagi. Aku terima dengan hati yang gembira. Yang penting, anak-anak aku pun happy. Terima kasih banyak-banyak yer anak buah. Jangan serik nak bagi lagi. Kalau ada lagi ingat-ingat la kami di sini. Hehehehe....

Sedap weh!!!

Tuesday, February 20, 2018

Mesyuarat Puspanita Cawangan

Baru-baru ni aku menghadiri Mesyuarat Puspanita Cawangan. Mesyuarat diadakan di Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR), Batu Caves. Macam biasalah kalau ada mesyuarat Puspanita, pasti ada cabutan bertuah. Tujuannya nak menarik orang datang ke mesyuarat.

Banyak gerai-gerai yang promote produk-produk tempatan especially produk MARA sendiri. Ada la sikit aku memborong. Ada lagi kat rumah tu tak masak pon.

The best part is cabutan bertuah. Lately, kebarangkalian untuk aku dapat cabutan bertuah selalu ada. Macam tahun lepas, mesyuarat Puspanita juga, aku dapat microwave. Kali ni dapat buku berkisar dengan tajwid dan kain which is actually a pettycoat. Ahaks... seksi lak rasa. Ok la tu. Dapat la juga daripada tak dapat langsung.

Mesyuarat start lambat. Jadi kitorang bergerak balik jam satu lebih. Terima kasih kepada urusetia majlis yang memilih tempat baru untuk kami explore dan merasai pengalaman baru.


Inilah cabutan bertuah yang aku dapat. Lepas dapat terus tangkap gambar. Isi dalam tak sempat ambil gambar.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)



Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Perkhidmatan Cemerlang pada 5-6 Februari 2018 di Maeps, Serdang. Alhamdulillah aku salah seorang yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) setelah hampir 9 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. 

Sebenarnya sebelum ni memang mengharap juga la kan nak dapat APC ni. Hahaha... tapi tak cukup cemerlang. Jadi tahun ni memang aku tak mengharap langsung. Sebabnya tetiba rasa malas nak pegi jauh-jauh walaupun takde la jauh sangat. 

Tetiba satu hari tu, ada colleague wish tahniah kat aku. Dah kenapa kan? Bila dapat surat dari Bahagian PSM (Pengurusan Sumber Manusia), barulah percaya. Perasaan masa tu, haruslah gembira yang amat. Mula-mula taknak bagitau husband. Tapi tak tahan, nak bagi tau juga. Cuma aku cakap tak payah bagi tau family. Just to share the happiness with husband jer. Aku kan jenis low profile. So, tak suka kisah kejayaan diri sendiri disebarkan ke orang lain. (share dalam blog lain cerita ar... kikiki)

Macam husband aku cakap, kalau kita mengharap sesuatu mesti tak dapat. Kalau kita tak mengharap, dapatlah pulak. Tahun ni, penerima APC menerima sijil dan juga duit sebanyak RM1000 yang dikreditkan terus ke akaun kita. Sebelum-sebelum ni, dorang dapat RM1000 juga tapi dalam bentuk sijil simpanan. Kali ni, duit yang dapat boleh terus guna. Aku anggap ni rezeki anak-anak juga. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur sangat-sangat.


Tuesday, January 30, 2018

Mak kau hijau

Hahaha... aku tak tau datang dari mana ayat mak kau hijau ni. Tapi ayat ni dah famous. Tapi bukan pasal ni aku nak cerita sebenarnya walaupun tu tajuk utama.

Setiap orang ada warna kegemaran masing-masing. Biru, merah, hijau, kuning, coklat dan macam-macam lagi. Aku pun tak terkecuali. Masa kecil-kecil dulu warna kegemaran aku adalah warna biru. Kebanyakan baju aku warna biru. Sampai kan mak aku cakap cuba la pilih warna lain pula. Bukan aku tak nak. Tapi warna biru tu jer yang sedap dipandang kat mata aku masa tu.

Bila dah besar sikit, mula nampak warna lain cantik. Tapi kebanyakannya warna yang gelap. Biru gelap, hitam, coklat gelap, hijau tua dan banyak lagi la. Ada sebilangan orang suka warna tertentu sehingga peralatan, baju dan rumah pun adalah warna kegemaran dia. Dia cuma nampak warna tu jer yang cantik. Tapi yang bagusnya, orang macam ni mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan pendirian yang tetap. 

Aku pula jenis yang tak tetap pendirian. Kadang-kadang nampak warna hijau cantik. Kadang-kadang nampak warna pink lak yang menawan. Tapi walau apa pun, kalau orang tanya aku apa warna kegemaran, aku tetap jawap biru. 

Cawan, bekas, papan pemotong, piring yang berwarna hijau kat rumah aku. Ni bila warna hijau nampak cantik di mata aku.

Monday, January 22, 2018

Keranamu 3 in 1 Old Town White Coffee

Ni cerita pasal malam tadi. Lepas maghrib pergi beli barang dapur ditemani anak-anak. Sebelum keluar, selalunya aku pastikan semua kerja rumah dah siap dilaksanakan. Dengan harapan balik nanti tak banyak kerja nak kena buat. Biasalah kalau aku yang pergi beli. Yang takde dalam list pun mesti terbeli juga. Sebab tu kadang-kadang suruh encik suami jer yang beli. Tapi siang tu macam kesian kat encik suami. 

Aku masak lunch pun dengan apa yang ada jer. Sebelum tu, aku dan anak-anak memang dah makan malam jam 6.00 pm. Hehehe... spesies kuat makan memang macam ni. Dengan harapan tak payah lah makan lagi malam nanti (harapan la sangat).

Jadi banyak la aku memborong roti. Konon-konon takut anak-anak lapar lagi malam nanti (padahal takut diri sendiri yang lapar). Bolehlah buat sebagai backup. Aku beli la old town white coffe 3 in 1. Dah lama tak minum old town white coffee ni. Balik rumah tu, lepas solat isyak terus la pegi buat air. Macam biasa jam 10.30 pm ajak anak-anak masuk tidur. Sempat la gaduh-gaduh manja ngan anak-anak sebelum dorang semua terlelap.

Tinggal la aku terkontang-kanting sorang-sorang tak boleh tidur. Puas la aku duk pejamkan mata. Kejap-kejap tengok jam. Padahal dah niat nak puasa ganti esoknya. Pusing kiri tak jalan, pusing kanan pun sama. Terlentang pun tak juga tidur. Alahai... nikmat tidur dah ditarik. Penangan old town white coffe sebelum tidur la ni. Last aku tengok jam masa tu pukul 3.00 am. Lepas tu lah kot baru hanyut dibuai mimpi indah. Tapi sekejap jer la sebab jam 4.30 am loceng dah bunyi. Tapi pukul 5.00 am baru aku bangun sebab duk snooze manjang.

Waktu sahur pun rasa macam terhuyung hayang. Rasa macam tak cukup tidur. Sampai ofis sambung tidur sekejap bagi stabil. Alhamdulillah masih normal sampai sekarang. Hehehe...



Wednesday, January 17, 2018

Mini Burger

Hari tu tengok ada kawan beli mini burger ni. Berkenan lak di hati. Maka pre order la juga. Order dengan kawan satu bangunan gak. Balik rumah terus jer grill. Esoknya grill lagi untuk bekal anak ke sekolah. Aku beli satu set iaitu roti burger (20 ketul) dan daging burger (25 ketul). Roti tu aku beli mix, satu peket original dan satu peket lagi yang warna warni. 

Daging burger tu memang sedap. Si adik suka daging jer. Jadi untuk dia kena grill banyak sikit daging. Si kakak, 3 ketul pun tak cukup. Maklumlah, dah nama pun mini burger. Mestilah saiz kecil-kecil. Tapi seriously daging tu memang sedap. Rasa nak beli daging burger tu jer. Tapi tak tanya pula dengan kawan aku tu boleh beli loose atau tak. 


Daging burger ada 25 ketul dalam 1 peket ni.

Ni roti burger. Yang original tu dah grill 4 ketul. Tu pasal tinggal 6 jer.

Roti yang dah di grill. Sapu sikit planta untuk rasa yang lebih sedap.

Daging burger yang tengah di grill.

Ni la hasilnya. Memang roti dan daging jer. Takde tambahan sayur atau cheese. Hehe...


Monday, January 15, 2018

Hotdog rolls

Hotdog rolls boleh dijadikan sebagai idea bekal untuk anak-anak ke sekolah. Nak buatnya pun sangat mudah. Kalau nak jimat, 1 hotdog tu boleh kerat 4 secara memanjang. 

Bahan-bahan:

Roti gardenia putih
Hotdog
Telur
Breadcrumbs - optional

Sebelum balut hotdog dengan roti, leperkan dulu roti dengan rolling pin supaya nanti bila goreng, roti tak menyerap minyak dengan banyak. Masa nak goreng, salutkan hotdog yang dah dibalut roti tu dengan telur. Boleh juga salut dengan breadcrumbs lepas tu barulah goreng. 

Biasanya aku jarang letak breadcrumbs sebab nak cepat. Letak telur jer pun dah sedap. Anak-anak pun suka walaupun simple. Boleh dimakan cicah dengan sos sebagai penambah selera. Selamat mencuba!!!


Aku bawa juga bekal ke ofis kalau ada lebih. Hehe...

Sunday, January 14, 2018

Nak kurus? Jangan mimpilah kalau...

Kita sedia maklum bahawa Malaysia di antara negara yang mempunyai ramai penduduk yang mempunyai masalah overweight dan obesiti. Dan aku adalah salah seorang yang termasuk dalam golongan tu. 

Niat nak kurus memang ada. Tapi nak merealisasikan sangatlah susah. Kalau semangat tak kuat, jangan haraplah kau akan kurus. Lebih-lebih lagi tahap kemalasan tu sangat tinggi. Dah macam-macam tips yang aku baca. Dah macam-macam jenis diet aku kaji. Tapi bila semangat dan kemalasan bersatu, memang tak akan berhasil. Lebih-lebih lagi bila orang sekeliling tak menyokong sepenuhnya niat kita.

Aku selalu terfikir, nak diet kena makan makanan berkhasiat. Nak makan makanan berkhasiat kena rajin masak sendiri. Nak masak sendiri kena beli barang mentah sendiri. Aku rasa nak diet tu kena banyak guna duit. Sedangkan aku nak jimat duit. 

Sebenarnya yang aku nak sampaikan kat sini adalah walau apa pun yang kita nak buat, semuanya dari diri kita sendiri. Niat kita, semangat kita. Orang dulu-dulu kata, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih". Kalau nak buat sesuatu, biarlah bersungguh. Semuanya terserah kepada diri kita sendiri. Kalau dah banyak sangat alasan, memang sampai ke sudah la tak berhasil. Renung dan fikirkanlah.


Ni antara sarapan yang aku suka ambil dekat ofis. Nescafe dan roti. Jangan haraplah nak kurus kalau macam ni kan. Hehe...

Saturday, January 13, 2018

Kuey teow goreng sedap

Rasa nak tergelak pulak buat tajuk macam tu. Sebenarnya sedap kat tekak aku jer la. Bukan senang nak masak sedap-sedap ni kan. Ok bahan-bahan yang aku guna sangat mudah.

Bahan-bahan:

1 peket kuey teow
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
4 ulas bawang merah - tumbuk lumat
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili - aku guna sos cili Kimball
4 sudu besar kicap manis - kicap Jalen (warna merah)
2 sudu besar kicap masin - kicap Jalen (warna hijau)
1/2 kiub ayam - kiub ayam Knorr
1 biji telur
Fishcake - optional (boleh letak udang, sotong dan lain-lain)

Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi. Untuk kicap tu, boleh kurang atau tambah ikut kesesuaian tekak masing-masing. Aku tak letak garam sebab rasanya dah cukup.

Ni la hasilnya. Anak aku makan bertambah. Memang sedap betul la tu. Hehe...

Friday, January 12, 2018

Donut gebu

Resepi donut ni aku dapat daripada daridapuraida.blogspot.my 

Bahan-bahan:

Bahan A
1 peket yis kering 
2 sudu susu pekat  
1 cawan air suam
2 sudu gula     

Campurkan bahan-bahan di atas dan biarkan kembang.

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Ramaskan bahan-bahan di atas dengan jari sehingga sebati. Bila bahan A dah kembang, masukkan bahan A kepada bahan B sehingga jadi seperti doh. Masa aku buat hari tu, doh macam keras sikit. Mungkin sukatan aku tak berapa tepat. Jadi aku ada tambah sedikit air dan juga sedikit minyak. Biarkan doh lebih kurang 30 minit sebelum kita terap jadi bentuk donut. Sebelum terap tu, doh yang dah naik kita uli sekali lagi. Lepas tu barulah buat bentuk-bentuk yang kita suka.


Ni sebenarnya bulat-bulat selepas buat bentuk donut. Jadi yang bulat bahagian tengah donut tu, aku asingkan dan goreng bagi si adik makan. Sesuai sangat ngan mulut budak-budak nak ngap.

Separuh aku buat bentuk donut, dan separuh lagi buat bentuk bulat. Masa nak goreng, aku leperkan bentuk bulat tu sikit. Sebab hubby lebih suka bentuk macam tu.

Bila dah siap goreng, bolehlah korang tabur gula. Tapi aku tak suka letak gula sebab tak nak rumah bersepah. Nanti boleh mengundang semut. Paham-paham jer lah budak-budak suka makan sambil jalan-jalan, tak pun duduk depan tv.

Hubby pulak makan cicah dengan susu. Manakala aku pulak makan cicah sambal. Macam tu la kalau ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba!!!

Thursday, January 11, 2018

2018 : Tahun Baru Azam Baru

Dah masuk minggu kedua tahun 2018, baru sekarang ada kekuatan nak menaip. Maklumlah anak-anak masih tak sihat sepenuhnya. Sekolah pun on off jer. Tahun ni macam-macam azam yang bermain di minda. Banyak perancangan, tapi pelaksanaannya belum tau lagi akan tercapai atau tak. Tahun ni macam ada satu semangat yang baru. Semangat yang berkobar-kobar untuk merealisasikan impian dan azam. Semoga isiqamah lah hendaknya.

Tahun lepas, aku berjaya menamatkan beberapa komitmen bayaran bulanan. Jadi ada pertambahan duit masuk. Alhamdulillah. Tapi azam nak kurangkan berat badan tak pernah nak tercapai. Semangat tak berapa kuat untuk azam yang satu ni. Jadi baik aku keluarkan dari list terus. Hahaha...

Tahun ni, di atas paksaan bapa mertuaku, kami berjaya membuka akaun SSPN-i plus untuk anak-anak bertiga. Semua disebabkan pengumuman yang dibuat oleh PM kita semasa pembentangan bajet tahun lepas di mana geran sepadan sebanyak RM500 diberikan kepada murid berumur 7-12 tahun yang mempunyai simpanan minimum akaun SSPN sebanyak RM500 di dalam tahun 2018. Untuk maklumat lanjut, korang boleh buka website PTPTN. Lagipun, bapa mertua yang sponsor untuk pembukaan akaun anak-anakku. Kalau tak, memang tak buka la sampai ke sudah. So, kami kena lah menyumbang untuk bayaran bulanan. Takpe la demi anak-anak. 

Rasanya tak perlu lah aku nak bagi tau secara terperinci azam tahun ni. Semoga impian kita semua akan tercapai seperti yang diimpikan. Amin.