Pages

Wednesday, December 27, 2017

Bekal ke hospital

Bila batuk si kakak tak baik-baik, timbul pulak penyakit baru. Doktor bagi surat refer ke klinik mata terus. Disebabkan nak pergi hospital pagi-pagi, terpaksa la kita bawa bekal.

Aku panggang jer nugget ayam. Lepas tu potong kecik-kecik dan gaul dengan mayonis. Masa nak gulung tu, letak ler salad, keju dan tuang sos sikit. Siap! Jadi la buat alas perut sementara menunggu nombor naik.






Monday, December 18, 2017

Lempeng Gelembung, Roti Puri, Tumpi

Lempeng gelembung, roti puri, tumpi. Benda yang sama cuma nama jer berbeza. Masa kecil-kecil dulu, aku panggil lempeng gelembung sebab bentuk dia yang menggelembung bila dimasak. Bila dah besar, tinggal di kawasan yang banyak kedai mamak. Aku tengok dia masak roti ni sebiji macam mak aku buat. Rupanya dorang panggil roti puri. Bila aku kahwin dengan laki aku which is orang sabah, mak dia pula masak macam ni juga. Eh, ni macam mak aku buat. Tapi dorang panggil tumpi. Cuma mak mertua aku letak gula di sekeliling lempeng ni dan kelim. Buat lempeng ni tak susah. Cuma perlu 3 bahan jer.

Bahan-Bahan:

Tepung gandum
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Mak aku dulu ajar guna minyak panas. Tapi aku jenis nak cepat, guna minyak masak pada suhu bilik jer. Pastikan doh tak terlalu keras atau lembik. Masa mula-mula aku buat, memang tak reti lagi nak sebatikan bahan-bahan. Selalu jer keras. Well, practice makes perfect. Cewah, riak pula dia. Kikiki... Masa nak goreng tu, pastikan minyak betul-betul panas tau. Kalau tak, tak jadi gelembung tu.

Untuk pencicah, korang boleh pelbagaikan. Kalau ada lauk semalam yang tak abis, boleh la dijadikan pencicah. Kari, sardin, sambal, gula pun boleh. Apa-apa yang boleh diterima oleh tekak korang. Nak makan macam tu pun boleh. Sungguh enak dimakan begitu saja. Pinjam tagline Gardenia. Ahaks. Ok, korang. Selamat mencuba!!!

Abaikan la kuali aku yang tak semenggah tu

Ada yang elok kejadiannya bulat terbentuk. Ada juga yang leper. Ada yang bulat tapi jadi leper sebab kena sepit.

Saturday, December 16, 2017

Tepi Roti

Tepi roti? Ala... yang coklat-coklat kat bahagian tepi roti kosong tu. Anak aku si adik tu tak suka makan tepi-tepi roti ni. Setiap kali  nak makan roti, dia akan suruh aku buang dulu bahagian tepi. Jadi aku simpan masuk dalam tupperware. Nak buang sayang pulak. Biasanya aku goreng dengan telur jer. Ada orang buat puding roti. Biasanya kalau dah goreng ngan telur ni, dorang makan la pulak. Jadi apakah salah tepi roti ni sampai dorang suruh buang. Haih la kanak-kanak.


Yang ni celup satu-satu dalam telur lepas tu goreng. 

Yang ni memang dasar malas. Kacau telur, masuk terus tepi roti ni dalam telur tu. Lepas tu goreng minyak sikit macam buat telur dadar.


Kadang-kadang tepi roti ni aku campur dalam adunan untuk buat jemput-jemput. Idea tu daripada jiran meja sebelah kat opis. Bak kata ada sorang ni, dia kata orang yang suka memasak ni kreatif orangnya. Tapi aku tak suka masak. Tu pasal, masakan aku semua yang mudah-mudah jer. Janji anak aku makan. Tu yang penting. 




Friday, December 15, 2017

Cendawan Hitam / Black Fungus

Aku pernah nampak dan makan cendawan ni. Tapi biasanya dalam sayur campur. Sampai satu hari tu mak aku masak tumis cendawan ni. Eh, sedap pulak.

Takde pula gambar cendawan hitam ni dalam bentuk kering. Nak masak cendawan ni kena rendam dulu. Nanti dia akan jadi lembut dan kembang.

Ada orang campur dalam masak lemak. Tapi bagi aku tumis lagi sedap. Mak aku buang sikit yang bahagian akar dan hiris kecil-kecil. Kalau ikut bapak aku, dia tak suka hiris sebab jadi kecil. Tak puas katanya. Maklumlah lain orang lain seleranya.


Yang ni aku masak. Hiris-hiris jer bawang merah,bawang putih dan ikan bilis (Dasar pemalas nak tumbuk). Kalau bawang dan ikan bilis tu ditumbuk lagi sedap. Nak pedas tambah la cili api sikit.

Thursday, December 14, 2017

Popcorn Ayam Madu

Malu pula rasanya nak share resepi yang tak seberapa ni. Aku guna popcorn ayam yang dalam peket tu jer. Cuma goreng tak payah susah-susah nak proses ayam.

Untuk sambal, aku guna:

4 sudu cili boh (dalam peket juga)
2 sudu sos cili (kimball)
2 sudu madu
Separuh bawang holland
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa


Senang jer kan bahan-bahannya. Aku tak letak bawang merah/besar sebab malas nak kupas. Hehe... Pastikan cili dimasak sampai minyak timbul. Biasa aku kalau masak cili kering ke cili boh ni, aku akan masak lama sikit. Takut sakit perut. Maklumlah perut jenis tak tahan lasak. 


Ni tinggal belen jer. Yang selebihnya hubby dah bawa bekal pergi kerja.


Tuesday, December 12, 2017

Taklimat Pencegahan Kebakaran

Alhamdulillah rasa bersyukur sangat bila dijemput untuk menghadiri taklimat ni. Mula-mula dapat emel daripada bos rasa macam, ala... taklimat kebakaran ke, macam tak best jer. First impression mesti ingat abang bomba yang datang untuk bagi taklimat. Rupa-rupanya penceramah perempuan. Comel molek jer orangnya.

Nama penceramah Cik Nurnabila Huda Khairudin dari Pertubuhan Pencegah Kebakaran (PPK) atau dalam Bahasa Inggeris nya Fire Preventors Society. Sebuah badan NGO yang ditubuhkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah kebakaran.

***************

Di antara intipati yang dapat aku kongsi di sini ialah:

1. Sebab Kebakaran / Tempat Yang Paling Kerap Berlaku Kebakaran

Kebakaran yang paling kerap berlaku adalah disebabkan oleh elektrik. Dan kebakaran yang dilaporkan paling kerap adalah di rumah dan juga kereta berbanding bangunan awam. Ini adalah kerana bangunan awam dilengkapi ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan kebakaran berlaku di mana ada undang-undang yang diwajibkan untuk setiap bangunan awam patuhi. Tetapi tidak pada rumah dan kereta.

2. Nombor Panggilan Kecemasan

Nombor panggilan kecemasan pun ada yang tak tau. Selalu ada iklan kat tv dail 999 untuk panggilan kecemasan tak kira la kebakaran ke, kemalangan ke, kecurian ke. Korang tanam nombor tu elok-elok dalam kepala.

        Talian tetap : 999
        Telefon bimbit : 112 (kalau tak ada kredit pon masih boleh dail. Melainkan kalau bateri dah habis. Tawakal jer la masa tu. Hehe...)

3. Alat pemadam api / Fire Extinguisher

Cara menggunakan alat pemadam api. Mula-mula kena tengok meter. Pastikan penunjuk meter pada aras hijau iaitu normal. Kalau kurang, tekanan adalah rendah. Jadi takde apa-apa yang akan keluar. Kalau tekanan lebih pun merbahaya juga kerana boleh menyebabkan kecederaan pada tangan. Lepas tu baru gunakan cara di bawah iaitu PASS.

Pastikan meter penunjuk dia kat warna hijau

Gambar ehsan google

      

Alat pemadam api yang kat atas ni adalah jenis 1kg. Sesuai diletakkan di dalam rumah dan juga kereta. Jenis di atas merupakan British Standard. Ada AES (Anti Explosion System) untuk release pressure bagi mengelakkan letupan berlaku. Powder dalam alat pemadam api ni kena tukar tiap-tiap tahun untuk yang Sirim Malaysian Standard. Tapi kalau yang British Standard setiap 5 tahun sekali. Tank alat pemadam api ni pon kena tukar juga tau. Tapi yang warna kuning tu tank dia tahan seumur hidup. So, thats why dia boleh buat corak macam-macam.

Kalau dalam kereta, kita boleh letakkan alat pemadam api ni dalam dashboard ataupon dekat poket seat belakang co-driver. Supaya kita senang nak ambil.

Kalau kita nak beli brand Osafe ni, kita kena buat permohonan. So, bila dah sampai masa untuk tukar powder, dorang sendiri yang akan datang ke rumah. Kita tak payah nak susah-susah pegi tempat dorang. Standby duit jer.

4. Smoke Detector / Pengesan Asap


Asap merupakan pembunuh yang paling cepat ketika berlakunya kebakaran. Asap mengandungi haba, racun dan juga kelajuan.

Smoke detector ni alat yang dapat mengesan asap sekiranya berlaku kebakaran. Biasanya kalau kebakaran berlaku, asap akan naik ke atas. Jadi alat ini akan mengesan kehadiran asap.

Alat ni perlu dipasang di siling rumah kerana asap sifatnya akan naik ke atas. Penceramah tu kata kalau asap rokok dia tak detect sebab asap rokok ringan. Jadi belum sempat asap rokok tu naik atas, dia dah hilang dulu.


Penceramah tu kata lagi, kalau nak beli smoke detector ni, pastikan beli yang berkualiti. Kalau  boleh beli yang jenis bateri dan juga yang ada reminder kalau bateri nak habis. Kekuatan bunyi pon penting juga iaitu 90db ke atas. Dan pastikan ada lampu. Macam gambar yang aku share ni brand Osafe dan tahan untuk 25 tahun.

5. Assembly Point / Tempat Berkumpul

Yang ni pon penting gak. Ada satu cerita di mana satu kejadian kebakaran telah berlaku. Si suami, isteri dan anak-anak bertempiaran lari untuk selamatkan diri masing-masing. Dorang dapat selamatkan diri. Bila dah keluar, tak jumpa ahli keluarga. Tapi masuk balik sebab nak cari ahli keluarga masing-masing. Yang mana pada akhirnya mereka semua mati di dalam kebakaran tersebut.

Kat sini nak bagi tau betapa pentingnya tempat berkumpul tu. Jadi, pakat-pakat la dengan ahli keluarga kalau berlaku kebakaran, pilih satu tempat yang paling selamat untuk berkumpul.

Lain-lain

1. Kalau berlakunya kebakaran, korang kena break glass ni. Pastikan korang dah tau benda ni diletakkan kat mana. Kalau tak, takde orang yang akan tau. Tapi kalau kebakaran kecil dan kita dapat padam api, tak payah la korang pandai-pandai nak pecahkan.


2. Penceramah ada share satu kejadian kemalangan yang menyebabkan kebakaran kereta. Perkara pertama yang korang kena buat adalah call bomba. Seterusnya, tahan bas/lori/teksi. Ini adalah kerana kenderaan awam memang sepatutnya ada alat pemadam api. Sebab ada undang-undang yang mewajibkan sebagai langkah mencegah kebakaran. Seriously, aku memang tak tau pon pasal ni.

***************

Terima kasih kepada pihak Pertubuhan Pencegah Kebakaran di atas inisiatif ini. Banyak ilmu yang aku dapat.


Tuesday, December 5, 2017

Goblin Korean Drama

Gambar ehsan daripada google

Dah lama sebenarnya habis tengok cerita ni. Jadi ingat-ingat lupa sikit. Sebuah cerita komedi romantik fantasi. Lebih kurang gitu ler.

Goblin iaitu Kim Shin yang mempunyai kehidupan abadi. Hanya boleh menamatkan kehidupan abadi dia dengan mencabut pedang yang tertusuk di dadanya. Pedang ini cuma boleh dicabut oleh pengantin perempuan goblin. Ji Eun Tak yang sepatutnya tidak wujud di dunia, telah lahir dengan kuasa dan bantuan goblin. Ji Eun Tak pula mempunyai kebolehan melihat makhluk-makhluk halus atau hantu la. Mak Ji Eun Tak meninggal masa dia umur 9 tahun. Sepatutnya mak dia dah mati masa accident kena langgar 9 tahun lalu. Tapi goblin telah selamatkan dia. Malaikat maut yang ditugaskan untuk mengambil nyawa mak Ji Eun Tak datang 9 tahun kemudian. Dia turut mencari Ji Eun Tak untuk dibawa bersama-sama. Tetapi diselamatkan oleh Samshin. Ji Eun Tak seterusnya dibesarkan oleh mak saudara dia. Tapi kehidupan dia tak gembira langsung sebab mak saudara dia cuma pikir duit insurans mak dia jer.

Kim Shin yang pada awalnya gembira kerana dia boleh menamatkan kehidupan abadi dia tiba-tiba rasa sedih setelah dia jatuh cinta dengan Ji Eun Tak. Manakala malaikat maut pula sebenarnya adalah maharaja yang telah menyebabkan Kim Shin dibunuh. Malaikat maut ni sebenarnya ditugaskan jadi malaikat maut kerana telah melakukan dosa yang besar.

Tuan kedai ayam (kedai tempat Ji Eun Tak buat part time) iaitu Sunny pula sebenarnya adalah permaisuri kepada maharaja iaitu malaikat maut. Sunny atau nama sebenarnya Kim Sun pada mulanya tidak tau tentang identitinya yang dahulu. Ingatannya kembali setelah mengenali malaikat maut. Begitu juga malaikat maut. Ingatannya turut kembali setelah mengenali Sunny.

Goblin, malaikat maut dan juga Yoo Deok Hwa tinggal satu rumah. Yoo Deok Hwa sebenarnya adalah keturunan Yoo yang menjaga goblin.

Jalan cerita memang sangat best. Chemistry antara watak-watak juga sangat bagus. Scenary pon sangat cantik. Kalau nak tau kisah seterusnya, baik korang tengok sendiri. Lebih senang paham kalau dah tengok.

Aku bagi 5/5 bintang untuk drama goblin ni. Cerita ni dah tayang awal tahun lagi. Better late than never. Huhu...






Monday, December 4, 2017

Telekung De Humaira

Hari tu aku ada beli dua telekung dari instagram @telekungcottonjepunmurah untuk aku dan satu lagi untuk anak sulung aku. Aku belikan anak aku telekung yang cantik ni sebagai perangsang untuk dia rajin solat. 

Aku punya jenis Delayla Deluxe. Telekung anak aku pulak jenis Telekung De Humaira. Telekung memang amat selesa. Terletak elok jer kat muka. Biasanya anak aku kalau pakai telekung yang lama, mesti nampak rambut. Tapi telekung ni elok jer dia pakai tak nampak rambut. Tak payah pakai anak tudung pun. 

Untuk telekung kanak-kanak kena preorder dulu la. Amik masa 2 minggu gak. Tapi kalau ada yang ready stok cepat jer dapat. Telekung ni senang kalau nak bawak travel sebab ianya datang dengan pakej beg sekali. Korang boleh la usha-usha instagram ni kalau nak beli telekung. Recommended sangat. Nanti ada rezeki, nak beli lagi. Nak sedekah kat family members yang lain.


Telekung Delayla Deluxe
Telekung De Humaira




**Nota: Ini bukan post berbayar. Sekadar perkongsian.

Wednesday, November 29, 2017

Chilindo

Rata-rata yang ada akaun media sosial mesti tau pasal ni. Sebab selalu sangat iklan chilindo ni keluar kat facebook. Chilindo ni macam satu tempat untuk barangan yang dilelong. Tapi barang-barang baru. Bukan barang-barang terpakai. Maksudnya kita beli barang secara lelong di mana kita perlu bid harga sesuatu barang yang kita nak.

Aku dapat tau website ni daripada kawan aku. Walaupun banyak iklan chilindo ni keluar, tapi tak pernah la aku nak klik. Semenjak kawan aku share info pasal chilindo ni, makanya terdetik la hati nak menjengah. 


Di antara barang-barang yang berjaya di bid. Kita boleh pilih cara pembayaran. Aku pilih COD. So, bila barang sampai, baru aku bayar secara tunai.

Yang bawah ni pulak barang-barang yang hubby berjaya bid. Aku cerita pasal chilindo ni dekat hubby. Last-last dia yang ketagih. Jadi korang sila kawal napsu yer.







Korang pandai-pandai la semak harga pasaran masa bid tu. Kalau bid tanpa ilmu, korang juga yang akan rugi nanti. Jadi berpada-pada la yer. Kuasa membeli di tangan kita jugak.


Tuesday, November 28, 2017

Pembatalan Polisi Insurans Cuepacs Etiqa Mutiara Plus

Aku beli insurans ni masa tahun 2011 tak silap aku. Masa tu anak baru sorang. Aku beli untuk 3 orang sekaligus, Kira induknya adalah aku. Sebulan RM30 untuk seorang. Jadi 3 orang RM90. Kawan-kawan yang lain semua beli untuk diri sendiri jer. Aku jer beli untuk anak-beranak. Bayaran insurans pulak adalah melalui potongan gaji. Tapi kat slip gaji dia kira lump sum jer ngan loan peribadi aku yang dipotong melalui angkasa.

Aku pernah jugak claim untuk anak aku masa dia kena tahan wad untuk 5 hari. Dapatlah dalam RM150. Aku punya target adalah untuk clearkan slip gaji aku dari sebarang potongan. Makanya, tahun 2015 aku hantar surat untuk membatalkan polisi insurans ni. Pihak insurans sendiri yang suruh aku buat surat kalau nak batalkan insurans ni. Malangnya takder apa-apa jawapan dari pihak insurans. Salah aku jugak tak follow up. Biar jer berlalu begitu saja.

Maka tahun ni aku tulis lagi sepucuk surat. Setelah beberapa bulan aku pos surat tu, aku dapat satu borang daripada pihak insurans. Mereka suruh aku isi dan pos/faks kan kembali kepada mereka. Aku tak ingat berapa lama masa yang mereka ambil untuk batalkan insurans tu. Tapi aku dapat kembali duit insurans tersebut. Agak banyak juga lah pada aku. Mungkin dorang kira pembatalan dari tahun 2015. Alhamdulillah... setel lagi satu part.

Ni contoh surat yang aku hantar

Untuk mereka yang nak berurusan, rajin-rajin lah follow up yer. Kalau malas follow up macam aku, boleh berlanjutan sampai 2 tahun. Hehehehe...

***latest update
Kawan aku just call je orang insurans ni, and then dorang emelkan borang. Just isi borang tu dan emelkan balik kepada orang yang emelkan tu.  Tak sampai sebulan pon dorang dah kreditkan duit dalam akaun. Tak payah buat surat macam aku dulu dah.




Serunding Halia

Serunding halia ni dah viral sebenarnya. Aku cuba buat yang paling simple jer. Meh tengok...

Ikan bilis yang telah digoreng
Halia yang diparut, digoreng sehingga warna perang sedikit


Bawang putih goreng. Kalau garing lagi sedap.

Ikan bilis yang telah ditos minyak, ditumbuk. Ikut korang nak tumbuk atau nak blend.

Ni ikan bilis yang dah siap ditumbuk

Satukan ikan  bilis yang telah ditumbuk, halia dan bawang putih yang telah digoreng tadi.

Ni la hasil akhirnya. Dapat la 1 balang kecil. Tapi tak penuh pun.


Kalau nak lagi sedap, boleh tambah bawang merah dan cili kering yang digoreng. Serunding halia ni sangat sedap dimakan dengan nasi yang panas. Selamat mencuba!!!


Wednesday, November 22, 2017

Circle : Two Worlds Connected Korean Drama

Gambar ehsan dari google

Ok, nak review sikit drama ni. Cerita ni berunsur science fiction. Kalau yang malas berfikir, tak payah tengok cerita ni. Nanti sakit kepala korang. Mula-mula tu malas juga aku nak tengok. Tapi dah start tengok beberapa episod membuatkan kita nak tau apa yang jadi seterusnya.

Jalan cerita:

Ceritanya bermula apabila 2 adik beradik kembar tak seiras ni (Kim Woo Jin & Kim Beom Gyun) dan bapak dorang terjumpa dengan alien. Alien ni pulak jelmaan manusia dalam bentuk tubuh seorang wanita. So, bapak dorang bawak balik alien tu dan tinggal bersama-sama mereka. Ok time ni zaman kanak-kanak dorang. Kali terakhir mereka lihat bapak dorang masa bapak dorang bawak perempuan alien tu tinggalkan rumah. Jadi Beom Gyun rasa dendam ngan perempuan alien tu.

Tahun 2017 - Projek Beta
Kim Woo Jin dah besar dan belajar di sebuah kolej. Dekat kolej ni ada terjadi suatu perkara yang pelik dimana beberapa siri kejadian bunuh diri dikalangan pelajar-pelajar. Malangnya kejadian tersebut dikaitkan dengan abangnya iaitu Kim Beom Gyun. Dalam masa yang sama seorang pelajar perempuan iaitu Han Jung Yeon cuba menyiasat kejadian bunuh diri tersebut.

Tahun 2037 - Dunia baru
20 tahun selepas kejadian bunuh diri bersiri tersebut. Dalam tahun 2037 ni, dunia terbahagi kepada dua kawasan iaitu dunia normal dan dunia pintar. Dunia normal mempunyai pencemaran udara yang teruk dan kadar jenayah yang tinggi. Manakala dunia pintar mempunyai udara yang bersih dan kadar jenayah sifar. Sehingga la terjadinya pembunuhan di dunia pintar tersebut menyebabkan detektif Kim Ji Hyuk ingin menyiasat dan masuk ke dunia pintar tu.

Ok, cerita agak complicated sikit. Nak dijadikan cerita, Kim Ji Hyuk adalah Kim Beom Gyun. Manakala Han Jung Yeon adalah perempuan alien yang Woo Jin bagi nama Byul masa dia kecik.

Secara ringkas:
Kisahnyer adalah berkaitan dengan teknologi yang dibawa oleh Byul berkenaan dengan ingatan manusia yang boleh direkod dan dipaparkan dalam bentuk visual. Ingatan yang tidak diingini boleh dipadam jika tak mau. Di sini yang menyebabkan konflik di mana teknologi tersebut yang menyebabkan wujudnya dua dunia.

Di akhir cerita kita akan dapati yang Woo Jin yang sebenar dah lama mati. Yang wujud pada zaman tu cuma klon dia jer. Ralat sikit kat part ni. Haha...

Kalau korang nak tau secara detail, better korang tengok sendiri. Mula-mula memang tak berapa nak paham. Tapi lama-lama akan terungkai setiap persoalan. Agak berat sikit la untuk tontonan yang kalau nak santai-santai tu.

Hmmm 3/5 bintang sebab agak berat untuk aku. Tapi anak aku tengok gak.



Tuesday, November 21, 2017

Kuasa Sedekah

Sudah acapkali kita dengar di mana-mana  tazkirah, ceramah, kata-kata nasihat tentang kelebihan bersedekah.

Aku nak cerita sikit pasal kuasa sedekah yang pernah aku alami sendiri.

Kisah pertama:
Masa tu dah nak dekat raya. Kami yang kerja gomen ni Alhamdulillah setiap tahun dapat bantuan kewangan RM500. Masa tu terdetik nak sedekah kat parents. Lalu aku transfer la RM100 kat mereka. Niat tu macam tarik tali gak. Kalau bagi RM100, tinggal RM400 jer la kata aku dalam hati. Tapi aku berjaya juga lawan bisikan-bisikan yang tak berapa bagus tu.


Kebetulan ofis kami ada buat anjuran untuk menerima sumbangan bagi mereka yang layak sempena untuk menyambut hari raya. Dan aku adalah salah seorang yang terpilih. Masa aku terima sampul duit raya tu, aku tengok banyaknyer helaian-helaian note RM50. Allahuakbar menangis aku masa tu. Aku sedekah RM100, aku dapat balik RM500.

Kisah kedua:
Kalau yang kerja gomen mesti tau tarikh gaji adalah mengikut peristiwa/perayaan. Masa tu memang duit hampir kering. Pening kepala pikir mana nak cari sumber. Maklumlah jarak untuk terima gaji seterusnya agak lama. Aku ingat lagi pagi tu aku sedekah kat sorang budak ni RM5. Hari sebelumnya ada diedarkan sampul surat untuk kutipan sumbangan. Kalau dulu ada duit sikit, memang aku takkan bagi. Sekarang, aku cuba sedekah walaupun sedikit setiap kali kutipan dibuat. Bila dah sedekah, duit dalam tangan dah habis. Mana nak cari duit belanja anak sekolah, duit minyak kereta. Memang aku tawakal jer. Aku cakap dalam hati, rezeki Allah yang bagi. Yang penting usaha.


Aku ada banyak akaun bank. Tapi semua ada sikit-sikit. Tak boleh keluar pon. Jadi pagi tu aku ingat nak transfer la singgit dua antara akaun aku supaya boleh keluar kat mesin atm. Ok, RHB ada la tak sampai RM10 pon, CIMB pon lebih kurang. Kalau transfer kat Maybank masing-masing kena cas RM0.53 kalau pindahan dibuat secara instant. Ok la janji dapat keluarkan RM10 pon jadi la. So, aku buka la Maybank nak tengok baki, kot-kot la boleh campur-campur jadi RM10. Bukak2 jer M2U, terkejut aku tengok angka yang terpapar. Aku gosok-gosok mata aku banyak kali. Betul ke ni?. Tengok transaction history ada tulis transaksi dari insurans. Ya Allah Alhamdulillah. Aku pegi toilet nangis kesyukuran. RM2k lebih. Insurans yang aku terminate dulu dah kembalikan duit aku.

Kesimpulannya kat sini janganlah takut-takut nak bersedekah. Setiap rezeki kita ada rezeki orang lain. Rezeki kita tidak akan kurang dengan bersedekah. Malah akan bertambah. Janji Allah itu pasti.

Nota kaki:
Kerja gomen - Kerja kerajaan (loghat orang Perak)

Monday, November 20, 2017

Terminate Loan ASB RHB

Loan ASB ni dah lama aku buat. Semenjak tahun 2011 lagi. Masa tu bayaran bulanan RM66 untuk tempoh 20 tahun. Aku buat loan sebanyak RM10k jer. Semenjak GST dipraktikkan di Malaysia, bayaran bulanan meningkat ke RM72.

Tujuan asal aku buat loan ni sebenarnya untuk menabung secara paksa. Yer la, kalau sendiri nak menabung, memang susah sikit la kan. Lagi-lagi kalau disiplin tu rendah. Setiap awal tahun, memang kerja aku beratur kat bank untuk keluarkan dividen ASB ni. Memang membantu sangat-sangat untuk bayar yuran sekolah anak.

Tapi, lately dividen ASB semakin menurun. Tapi tu bukan sebab utama untuk aku terminate. Sebenarnya aku nak bebaskan diri dari sebarang hutang-hutang yang menyebabkan aku perlu buat bayaran secara bulanan. Dalam bahasa mudah, aku tak nak komitmen bayaran bulanan lagi. 

Ok, meh aku cerita prosedur yang aku lalui untuk terminate loan ASB ni:

Aku pergi RHB kat Presint 8. Dekat kaunter yang ambil nombor tu, cakap nak terminate loan ASB. Terus dia bagi borang. Lepas isi borang, dia akan bagi nombor giliran. Bila nombor kena panggil, kat kaunter tu bagi jer kita punya IC/Mykad. Lepas tu dia tengok sistem dia zup zap zup zap dia kata "akak bulan depan bayar untuk 1 bulan punya bayaran. Lepas tu terminate dah." Dia kata kita akan buat pengiraan dan lebih kurang 1 bulan, duit belen akan masuk dalam akaun ASB. Thats it! Senangnyer urusan aku. Haha...

Aku takde la dapat banyak. Lebih kurang RM1650.84 jer. After 2 weeks duit masuk, aku received insurans untuk loan ASB tu pulak. Insurans lak lebih kurang RM85.70.

Orang RHB tu takde lak tanya kenapa aku nak terminate loan ASB. Macam tau-tau jer aku taknak cerita. Terima kasih la sebab menghormati privacy saya yer Encik Bank. 

Kalau korang tanya macam mana nak kira, sorry aku tak tau. Sila tanya Encik Bank. Lega dah, setel satu part. Another part to setel.

Come back post

Pejam celik pejam celik dah tahun 2017. Dah lama sangat aku biarkan Wadah Impian ni bersawang. Impian ntah ke mana. Yang tinggal hanya wadahnya saja. Sebenarnya, aku dalam cubaan untuk kembali aktif berblog. Kita tunggu dan lihat jer macam mana nanti.

Dalam post sebelum-sebelum ni ada aku ceritakan pasal Unifi dan Myvi. Ok, Unifi aku dah terminate sebabnya adalah semata-mata nak beli kereta. Well, ko kena korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Aku nak beli kereta untuk kemudahan kami anak beranak. Jenuh gak naik bas setiap hari dengan bawak anak kecik. Lagi-lagi kalau hari hujan. Kesian pulak kat anak-anak. Di antara Unifi ngan kereta, aku lebih suka pilih kereta. Aku kena buat pilihan sebab ekonomi kami laki bini tak berapa stabil. And yes, i make the right choice.

Satu perkara lagi, i have to choose between Myvi and Viva. So, we agree to buy Viva base on our budget. Mula-mula risau gak sebab laki aku memang besar. Takot gak la kalau-kalau tak muat. Hahaha... And once again we do make the right choice. Alhamdulillah. 

Semoga tahun-tahun yang mendatang akan lebih bermakna untuk kami sekeluarga. Aminnn...

Till we meet again in my next post. Insyaallah.